Saturday, 6 January 2018

Kumpulan Cerpen M. Mahendran – Karupaya

Tempahan awal dibuka sekarang.

M. Mahendran antara sekelompok kecil penulis kaum India yang aktif menghasilkan karya Bahasa Malaysia dan Tamil sejak tahun 1980-an.

Beliau terlibat sama dalam mengasaskan Kavyan pada 22 Ogos 1999. Pada September 2012, saya melahirkan kebimbangan kerana Mahendran sudah jarang menulis, dan perkara ini saya sifatkan sebagai amat menyedihkan dalam konteks perkembangan sastera kebangsaan.

Sewaktu pertemuan kami pada 27 November 2017, Mahendran yang tinggal di Bentong, Pahang melahirkan keinginan menerbitkan kumpulan cerpen sulung. Keputusan dicapai pada 27 Disember 2017 untuk berusaha memastikan buku beliau terbit selewat-lewatnya pada Mac 2018. [Baca di sini]

Judul: Karupaya
Kategori: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia
Penulis: M. Mahendran
Penyunting Bersekutu: [Lihat senarai di sini]
Tarikh terbit: Mac 2018
ISBN: 978-967-13624-3-3 (diterima pada 8 Februari 2018)
Penerbit: Uthaya Sankar SB (978-967-13624)
Senarai tempahan awal: [Lihat senarai di sini]
Harga pasaran: RM25.00
Harga tempahan awal: [Lihat di bawah]
Pelancaran: 24 Mac 2018 [Maklumat akan menyusul]

Kumpulan cerpen Karupaya memuatkan 13 cerpen terpilih karya Mahendran yang pernah tersiar di pelbagai akhbar, majalah dan antologi sejak tahun 1980-an. Beberapa cerpen ini pernah menang hadiah pertandingan penulisan. Terdapat juga beberapa cerpen yang pada mulanya tersiar di akhbar/majalah Tamil, dan diterjemahkan oleh Mahendran khusus bagi tujuan buku ini.


Walaupun nama Mahendran mungkin tidak menonjol seperti Saroja Theavy Balakrishnan, mereka berdua sebenarnya merupakan penulis yang mula aktif pada tahun 1980-an.

Kelahiran kumpulan cerpen Karupaya merupakan suatu sejarah penting dalam hidup Mahendran, serta sejarah penting kepada kelompok Sasterawan Kavyan dalam sumbangan ke arah memperkaya khazanah sastera kebangsaan dengan karya-karya bermutu.

Sokongan orang ramai diperlukan dalam bentuk tempahan awal berbayarpaid pre-order – bagi membantu menampung sebahagian kos mencetak buku ini. Sokongan anda juga akan membantu memberi keyakinan kepada Mahendran untuk terus produktif.

[Klik untuk besarkan]
Harga bagi tempahan awal berbayar adalah seperti berikut. Tempahan ini hanya sah bagi penghantaran menerusi PosLaju ke mana-mana alamat di Malaysia.

1 naskhah = RM20 + PosLaju RM10 = RM30
2 naskhah = RM38 + PosLaju RM7 = RM45
4 naskhah = RM72 + PosLaju RM8 = RM80
6 naskhah = RM102 + PosLaju RM8 = RM110
8 naskhah = RM128 + PosLaju RM7 = RM135
10 naskhah = RM150 + PosLaju RM10 = RM160

Nama setiap individu yang membuat tempahan awal berbayar sebelum 15 Februari 2018 akan dinyatakan di dalam buku ini, serta dipaparkan secara kekal di blog, sebagai tanda penghargaan.

Tempahan awal berbayar yang anda lakukan akan membantu usaha menjayakan penerbitan buku sulung Mahendran.

Jika anda sudi, sila ikut langkah-langkah berikut:

1. Tentukan jumlah buku yang mahu ditempah/dibeli.

2. Buat bayaran ke akaun Maybank (Uthaya – 11221 4042 611) atau CIMB (Perunding Media – 8600 563 781).

Tolong JANGAN kirim slip deposit kepada saya. Sila simpan sebagai bukti.


4. Tunggu pengesahan daripada saya dalam masa 48 jam (maksimum).

Perkembangan proses penerbitan buku ini akan dilakukan menerusi catatan di blog ini dan Facebook dari semasa ke semasa.

Sila hubungi uthayasb@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan. Tempahan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Mahendran (Facebook).