22 Mar 2010

Dirgahayu Bahasa Malaysia!

Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob took the opportunity to clarify that it is not “Bahasa Malaysia” that Malaysia wishes to promote as the language of Asean, but “Bahasa Melayu” (Malay language), which was also used in other countries in Asean.

“Some did not understand, they thought that we want to elevate Bahasa Malaysia as the Asean language, some of our friends from neighbouring countries criticised us but maybe because they have misunderstood,” he explained. (source)

“Tukar sahaja nama itu dari[pada] ungkapan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. … Saya tidak faham mengapa terlalu taksub pada [istilah] bahasa Melayu. … Apa salahnya kita gunakan Bahasa Malaysia, keputusan itu sudah dibuat Kabinet pada 2007,” kata Dr Kamaruddin M. Said, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN). (sumber)

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tidak pernah terlintas di fikiran kerajaan untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ASEAN.

Sebaliknya, jelas Perdana Menteri, hasrat yang ingin dirintis beliau ialah menjadikan bahasa Melayu yang turut diguna pakai di beberapa negara jiran sebagai bahasa pengantar. (sumber)


Maka, sudah terbukti bahawa “Bahasa Malaysia” dan “bahasa Melayu” adalah dua bahasa yang berlainan. Bukan saya cakap! Apa-apa pun, harap maklum bahawa bahasa yang saya gunakan ialah Bahasa Malaysia, bukan bahasa Melayu. [Baca makalah penuh]

Kerajaan tidak akan berganjak dengan keputusan menjadikan Bahasa Malaysia bahasa pengantar sepenuhnya di semua sekolah dalam [mulai] 1982, tegas Pemangku Perdana Menteri, Tun Hussein Onn (Utusan Malaysia, 8 September 1973). Inilah Bahasa Malaysia yang saya gunakan sejak lahir.

“Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman, pada 21 October [1966] mengusulkan supaya Bahasa Kebangsaan ditukarkan sebutannya kepada Bahasa Malaysia. Istilah Bahasa Melayu kurang membawakan pengertian harmoni” (Berita Harian, 1 November 1966). Inilah juga pegangan saya sejak lahir.

Sementara itu, saya turut terlibat dalam “Mesyuarat Maklum Balas Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris” di Kementerian Pelajaran, Putrajaya pada 3 Ogos 2009, di mana, antara lain, ditegaskan bahawa keputusan Kabinet pada Mei 2007 berhubung penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” perlu dipatuhi semua, khususnya dalam bidang pendidikan, termasuk subjek Bahasa Malaysia di sekolah..

Tentu sahaja kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom disambut dengan reaksi negatif oleh kebanyakan “tokoh” yang diundang ke mesyuarat berkenaan. [BACA DI SINI]


Bagaimanapun, terdahulu, semasa sesi perkongsian idea dan pandangan, saya mewakili Kumpulan Sasterawan Kavyan menegaskan bahawa penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” adalah betul, benar dan sah; seperti yang saya tegaskan sejak dahulu. [BACA DI SINI]



Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Haji Termuzi Adul Aziz juga pernah mengeluarkan kenyataan tidak rasmi bahawa pihak DBP [kembali] menerima penggunaan istilah “Bahasa Malaysia”. Kenyataan rasmi beliau pula boleh dibaca DI SINI. Pengesahan rasmi DBP pada Julai 2012 pula boleh dirujuk DI SINI.


Apabila ke Kedai Koperasi DBP pada 16 Mac 2010, saya sempat melihat buku-buku teks sekolah rendah terbitan DBP yang kembali menggunakan “Bahasa Malaysia”.


Malah, saya menyelak majalah Dewan Pelajar dan Dewan Siswa keluaran Januari, Februari dan Mac 2010 lalu mendapati penggunaan semula istilah “Bahasa Malaysia” – paling nyata pada sisipan khas di kedua-dua majalah berkenan.


Segera saya teringat akan kata-kata saya kepada Dr Chong Fah Hing pada 22 Mac 2002: “Akan tiba masa apabila mana-mana pihak yang menafikan kewujudan istilah Bahasa Malaysia serta cuba menghalang hak saya menggunakan istilah berkenaan benar-benar menyesal atas kebodohan tindakan mereka!” [BACA DI SINI]

Dalam pada itu, sebelum ini, majalah e-baca dan e@siswa terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” tetapi sejak hampir setahun lalu, saya dapati majalah-majalah berkenaan tidak [lagi] menggunakan istilah “Bahasa Malaysia”.

Namun, saya optimis bahawa perubahan akan berlaku dalam masa terdekat. [Nota: Bermula Mei 2010, pembetulan sudah dilakukan. Terima kasih.]


Dirgahayu Bahasa Malaysia; meminjam ayat dalam sajak “Pe(r)juang(an) Bahasa II” (Mingguan Malaysia, 24 Jun 2007) yang pernah difitnah sekumpulan “tokoh” sebagai sajak berciri anti-Melayu.

Baca juga artikel "Tentang Bahasa Malaysia" yang disiarkan di The Malaysian Insider pada 16 Januari 2012. Baca "DBP dan Bahasa Malaysia" di blog.


Latar belakang Bahasa Malaysia boleh dibaca DI SINI manakala kaitan antara isu bahasa dan Peristiwa 13 Mei 1969 boleh dibaca DI SINI.




Tulisan dalam Bahasa Inggeris: "Speaking in Tongues", "The Right to Write in Bahasa Malaysia", "My Right to Use Bahasa Malaysia", "Straight from the Heart", "But Then Again" & "Bahasa Malaysia Writer". Namun, ada juga pihak yang berpendirian bahawa "bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia" adalah dua bahasa yang berbeza! Contoh kekhilafan itu boleh dirujuk DI SINI.