Monday, 3 July 2017

Modal Sosial Untuk Terbitkan Buku


Sudikah anda membantu usaha penerbitan buku saya?

Saya sedang dalam proses menerbitkan sebuah kumpulan cerpen kanak-kanak. Walaupun saya menulis cerpen kanak-kanak sejak tahun 1992, ini merupakan kumpulan cerpen kanak-kanak saya yang pertama; kerana buku kanak-kanak sebelum ini – Nari! Nari! dan Munis Dengan Harimau – adalah kumpulan cerita rakyat.


Buku yang sedang dalam proses penerbitan ini memuatkan 10 cerpen kanak-kanak yang pernah tersiar di majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Media Karangkraf.


Judul buku belum diputuskan. Proses penyuntingan manuskrip sedang berjalan.

Saya amat mengharapkan sokongan orang ramai untuk mendapatkan modal sosial (social capital) bagi menampung sebahagian kos mencetak buku ini.

Sepertimana dilakukan bagi buku Panchayat: Edisi Khas (2012), Kisah Dari Siru Kambam (2013), Hanuman: Suara Hati (2013), Pulau Pendatang (2015), Nari! Nari! (2015) dan Mandala Bicara (2016), nama para penyumbang akan dinyatakan dalam buku.

[Klik judul buku-buku di atas untuk melihat senarai nama penyumbang]


Penghargaan ini amat wajar kerana buku-buku berkenaan mustahil terbit tanpa sokongan orang ramai dalam bentuk modal sosial (social capital) atau crowdfunding.

Sumbangan modal sosial pada kali ini juga diperlukan dalam bentuk tempahan awal berbayar (paid pre-order). Buku kumpulan cerpen kanak-kanak ini akan dikirim melalui PosLaju ke mana-mana alamat di Malaysia sebaik terbit.


Harga tempahan awal berbayar adalah seperti berikut. Harap maklum bahawa wang yang terkumpul menerusi modal sosial ini akan digunakan untuk menampung sebahagian kos mencetak buku.

1 buku RM20 + PosLaju RM10 = RM30
2 buku RM38 + PosLaju RM7 = RM45
3 buku RM54 + PosLaju RM6 = RM60
4 buku RM68 + PosLaju RM7 = RM75

8 buku RM128 + PosLaju RM12 = RM140

10 buku RM160 + PosLaju RM10 = RM170
20 buku RM300 + PosLaju RM20 = RM320
30 buku RM435 + PosLaju RM25 = RM460
70 buku RM980 + PosLaju RM20 = RM1,000


Nama setiap individu yang membuat tempahan awal berbayar sebelum 30 September 2017 akan dinyatakan di dalam buku ini, serta dipaparkan secara kekal di blog, sebagai tanda penghargaan. [Lihat Senarai Nama Penyumbang]


Hal ini amat wajar kerana buku cerpen kanak-kanak yang sedang diusahakan mustahil terbit tanpa sokongan orang ramai dalam bentuk modal sosial.

Sekarang, sudikah anda turut membantu usaha penerbitan kumpulan cerpen Bahasa Malaysia ini dengan membuat tempahan awal berbayar? Sumbangan anda akan membantu saya menampung sebahagian kos mencetak buku ini.


Jika sudi, sila ikut langkah-langkah berikut:

1. Tentukan jumlah buku yang mahu ditempah/dibeli.

2. Buat bayaran ke akaun Maybank (Uthaya – 11221 4042 611) atau CIMB (Uthaya – 800 2429 656).

Tolong JANGAN kirim slip deposit kepada saya. Sila simpan sebagai bukti.


4. Tunggu pengesahan daripada saya dalam masa 48 jam (maksimum).

Perkembangan proses penerbitan buku ini akan dilakukan menerusi catatan di blog ini dan Facebook dari semasa ke semasa.

Topik berkaitan - [Penyunting Manuskrip] - [Senarai Penyumbang

Sila hubungi uthayasb@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan.