Wednesday, 26 July 2017

Komen Untuk Buku Cerpen Kanak-kanak


Saya sedang mengumpulkan komen (ulasan, pandangan, pendapat) orang ramai untuk dimuatkan dalam buku Ikan Patin dan Beruang Besar yang sedang diusahakan.

1. Komen wajib ditulis menggunakan Bahasa Malaysia.

2. Panjang komen adalah maksimum 20 patah perkataan. Komen yang lebih panjang akan ditolak secara automatik.

3. Komen adalah berkaitan bidang penulisan saya [Uthaya Sankar SB] sebagai seorang pengarang. (Jangan kirim ulasan cerpen atau buku!)

4. Anda mungkin boleh menulis komen tentang gaya penulisan saya, bahasa, atau apa yang menarik minat anda untuk membaca karya-karya saya.

5. Penulis komen mestilah pernah membaca karya-karya saya, khususnya fiksyen (cerpen, cerita rakyat, novel).

6. Komen mestilah sesuai untuk dipaparkan dalam buku bagi bacaan kanak-kanak. (Misalnya, jangan gunakan perkataan yang pakar linguistik sahaja faham.)

7. Keutamaan diberi kepada individu yang pernah membuat tempahan awal berbayar buku Panchayat: Edisi Khas (2012), Kisah Dari Siru Kambam (2013), Hanuman: Suara Hati (2013), Pulau Pendatang (2015), Nari! Nari! (2015), Mandala Bicara (2016) atau Ikan Patin dan Beruang Besar (2017).

8. Komen terpilih akan disunting untuk tujuan siaran. (Ulang: Ini adalah buku bagi bacaan kanak-kanak.)

9. Komen berkenaan juga mungkin dipaparkan di blog dan media sosial bagi tujuan promosi dan publisiti.

10. Komen wajib disertakan nama penuh dan tempat tinggal (Bandar, Negeri).

11. Hanya komen yang sesuai dan memenuhi keperluan akan dipilih.

12. Komen hendaklah dikirim ke alamat e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau www.facebook.com/uthaya selewat-lewatnya pada 31 Julai 2017.