Friday, 7 September 2012

Penulis Malaysia – 7

Pada tahun 1970-an, Joseph Selvam menyinar sebagai penulis kaum India yang sangat dikagumi atas kemampuannya menulis “sajak-sajak bertema Melayu dan Islam” dengan sangat baik. Lompong yang ditinggalkan sejak tahun 1980-an kini sudah diisi Raja Rajeswari Seetha Raman yang memulakan penulisannya antara lain dengan mengkaji sajak-sajak Joseph Selvam. Pada “Seminar Sastera Pelbagai Kaum” (7 September 2012), Siti Aisah Murad (DBP) menyifatkan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/07 itu sebagai “satu-satunya penulis yang mewakili masyarakatnya”. Haji A. Rahim Abdullah (Aswara) pula menceritakan bahawa Datuk Kemala pernah menyarankan supaya Raja Rajeswari “masuklah Islam cepat-cepat dengan suami” berikutan kehebatannya menulis “sajak-sajak bertema Melayu dan Islam”. Tentulah tidak akan ada mana-mana penulis kaum India yang menulis karya Bahasa Malaysia – termasuk Sasterawan Kavyan – yang mampu mengatasi kehebatan dan kepakaran Raja Rajeswari dalam hal ini. Beliau ternyata berada dalam “kelas tersendiri” dan mustahil boleh digugat oleh sesiapa. Beliau juga awal-awal lagi sudah menjangkakan kaum Bukan Melayu tidak akan menghadiri Hari Pejuang Bahasa. Selamat Menyambut Hari Malaysia! [SENARAI PENULIS KAUM INDIA] [TOKOH LIDAH BERCABANG] [SABOTAJ BACA CERPEN KAVYAN] [DATA PALSU DI DEWAN SASTERA