24 Jun 2017

Bukti Raja Rajeswari Menipu Mengenai Penulis Kaum India


Menurut Raja Rajeswari Seetha Raman menerusi esei bertajuk “Kolonialisme dan Etnosentrisme: Suatu Retrospeksi Penulis India Malaysia” yang disiarkan di majalah Dewan Sastera (April 2017), dia menulis hal-hal berkaitan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia – iaitu Sasterawan Kavyan – hasil maklumat yang terkumpul menerusi borang soal selidik yang disi oleh dua puluh (20) penulis berkenaan.

Raja Rajeswari menyatakan dalam esei itu bahawa kesemua 20 responden terbabit “dipilih berdasarkan keprolifikan mereka dalam sastera Melayu” dan kesemua 20 responden berkenaan “berkhidmat sebagai penjawat awam di sektor awam”.

Ternyata Raja Rajeswari menggunakan data palsu dan fakta rekaan bagi menulis esei berkenaan yang kononnya ditulis berdasarkan analisis terhadap data yang diberikan oleh 20 Sasterawan Kavyan, iaitu penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia.

Orang ramai boleh membaca pendedahan awal saya menerusi tulisan bertajuk “Dewan Sastera Jadi Mangsa April Fool?” (1 April 2017) di blog saya. 

Reaksi eksklusif K. S. Maniam kepada Eksentrika boleh dibaca di sini.


Saya membuat laporan polis terhadap Raja Rajeswari pada 14 April 2017 selepas terbukti dia menggunakan data palsu dan fakta rekaan untuk menulis esei berkenaan dengan niat memberikan gambaran negatif mengenai kelompok penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris. Laporan polis itu juga susulan keengganan Raja Rajeswari menyerahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) senarai nama 20 Sasterawan Kavyan yang kononnya menjadi responden.

Jumlah Sasterawan Kavyan – penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia – hanya sekitar 30 orang; malah jumlahnya lebih sedikit jika kita mengambil kira penulis yang prolifik dan masih aktif berkarya.

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada Ogos 1999 menyimpan maklumat para penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Saya telah menghubungi 30 penulis untuk mendapatkan pengesahan sama ada mereka terlibat sebagai responden dengan mengisi borang soal selidik yang kononnya diedarkan oleh Raja Rajeswari.


Sejumlah dua puluh enam (26) penulis mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menerima borang soal selidik berkenaan.

1. Bathmavathi Krishnan
2. Dhineswari
3. Elavarassan M. Suppiah
4. Ezhilarasi Velautham
5. Ganesan Duraisamy
6. Jas Guna Senggani
7. Kaljit Kaur
8. Kughan Nadarajah
9. Maartandan Suppiah
10. Navanitha Nairu
11. Nizha Periaswamy
12. Prabhawathy Govindarajoo
13. Pragalath Kumar
14. Rekka Baskaran
15. Retna Devi Balan
16. Sanisha Bogaraja
17. Sardah Appalasamy
18. Sarjit Singh Gill
19. Selvarani Subramuniam
20. Sritharanee Subramaniam
21. Srivali Seeridaram
22. Thiruselvam Padmanabhan
23. Uthaya Sankar SB
24. Velu Perumal
25. Venoo Kuppusamy
26. Vijayaletchumy Vellasamy

Seorang penulis mengaku ada menerima borang soal selidik itu, tetapi beliau tidak mengisinya. Beliau juga bukan kakitangan awam. (Raja Rajeswari menyatakan bahawa kesemua 20 responden “berkhidmat sebagai penjawat awam di sektor awam”.)

27. Mahendran Mathavarayan

Tiga (3) penulis mengaku ada menerima borang soal selidik, serta mengisinya, tetapi mereka tidak dimaklumkan bahawa data berkenaan akan digunakan untuk menulis esei bagi Dewan Sastera. Mereka juga bukan kakitangan awam – sekali gus bukan sebahagian daripada 20 responden yang dimaksudkan oleh Raja Rajeswari.

28. Ramakrishnan Ramasamy
29. Thanusya Shanmuganathan
30. Saroja Theavy Balakrishnan

Mustahil Raja Rajeswari menghubungi M. Balachandran kerana beliau sudah meninggal dunia pada April 2015.


Saya membuat aduan bertulis berhubung isu ini pada 1 April 2017 kepada DBP selaku penerbit Dewan Sastera. Saya juga bertemu Timbalan Ketua Pengarah Dasar DBP, Ketua Editor dan Timbalan Ketua Editor, Bahagian Majalah DBP pada 12 April 2017 untuk berbincang dan mengemukakan bukti bahawa Raja Rajeswari menggunakan data palsu dan fakta rekaan dalam esei tersebut.

Raja Rajeswari ternyata tidak mendapat maklum balas daripada 20 responden Sasterawan Kavyan seperti didakwanya. Malah, tidak mustahil bahawa dia juga tidak menghubungi 20 penulis Tamil dan 20 penulis Inggeris seperti didakwa. Tambahan pula, “fakta” mengenai K.S. Maniam dan Rani Manicka terbukti tidak benar dan rekaan semata-mata.


Pada 14 April 2017, saya dimaklumkan oleh Ketua Editor, Bahagian Majalah DBP bahawa pihaknya sudah menghubungi Raja Rajeswari melalui e-mel pada 12 April 2017 untuk meminta senarai nama 20 responden terbabit. Dia cuba mengelak dengan memberikan alasan kononnya dia tidak dapat memberikan senarai nama responden kerana “terikat dengan aku janji yang telah ditandatangani dengan responden untuk tidak mendedahkan nama mereka kepada khalayak”.

Ternyata Raja Rajeswari sedang cuba menyelamatkan diri selepas pecah tembelang mengenai perbuatan tidak beretika menggunakan data palsu dan fakta rekaan untuk menipu DBP dan pembaca Dewan Sastera.

Dengan siapa Raja Rajeswari membuat “aku janji” itu? Jumlah penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia adalah sekitar 30 orang sahaja. Saya sudah menghubungi 30 penulis. Terbukti mereka bukan sebahagian daripada responden yang terlibat dalam pengumpulan data bagi esei tulisannya di Dewan Sastera. Jangan pula sudah terang, mahu bersuluh!


Apakah Raja Rajeswari sendiri mengisi 20 borang soal selidik? Apakah dia mengalami masalah mental dissociative identity disorder (DID) yang membuatkan dirinya terpecah menjadi 20 personaliti seperti dalam filem Split (2016)?

Mungkin lucu tetapi tidak menghairankan dan tidak mustahil kerana pada tahun 2003, Raja Rajeswari mengaku pernah bersekongkol dengan sekumpulan “25 belia Melayu” untuk menggagalkan acara Baca Cerpen Kavyan. [Rujuk - Komplot Jahat Raja Rajeswari]

“Mereka akan hancurkan awak. Kalau awak bijak, awak selamatkan Kavyan,” kata Raja Rajeswari menerusi SMS pada Ogos 2003 sebelum acara itu berlangsung untuk mencatatkan nama Kavyan dalam The Malaysia Book of Records.

Kumpulan “25 belia Melayu” yang dikatakannya itu ternyata tidak wujud; kecuali dalam imaginasi dan mindanya yang bercelaru seperti orang yang mengalami skizofrenia! [Baca lagi di sini]

Dalam isu data palsu dan fakta rekaan di Dewan Sastera (April 2017), Raja Rajeswari boleh terus menipu dengan berkata kononnya dia tidak dapat mendedahkan senarai nama 20 responden terbabit kerana “terikat dengan aku janji”.

Sejumlah 30 Sasterawan Kavyan yang disenaraikan di atas sudah terbukti tidak termasuk dalam senarai responden. Saya sudah menghubungi mereka untuk mendapatkan pengesahan rasmi. Lalu, siapa pula yang dihubungi oleh Raja Rajeswari untuk dijadikan responden yang mengisi borang soal selidik?


Sudah terbukti bahawa Raja Rajeswari adalah seorang penipu besar! Dia berani menipu DBP dan para pembaca Dewan Sastera menggunakan data palsu dan fakta rekaan. Ternyata niatnya adalah untuk mencemarkan imej para penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris.

DBP harus mengambil tindakan tegas terhadap individu penipu, tidak beretika, tiada integriti dan pendusta seperti Raja Rajeswari. Dia telah mencemarkan nama baik dan kredibiliti Dewan Sastera. DBP sepatutnya mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan Raja Rajeswari daripada menyiarkan karya di mana-mana majalah terbitan DBP sepanjang hayat.

Akan tetapi, akan beranikah DBP mengambil tindakan itu? Atau DBP akan terus menjadi mangsa tipu-helah, manipulasi dan eksploitasi Raja Rajeswari yang entah-entah masih disokong “25 belia Melayu”!

[Ulasan ini ditulis pada 15 April 2017 dan disiarkan di Eksentrika pada 17 April 2017. © Uthaya Sankar SB 2017.] Baca juga - [Sasterawan Kavyan dan Sastera Kebangsaan] - [Komplot Hancurkan Kavyan] - [Talam Dua Muka] - [Laporan Polis] - [Reaksi Khalayak] - [Kenali Sasterawan Kavyan