30 Jun 2017

Raja Rajeswari, Nisah Haron dan Kambing Hitam

Selepas terbongkar perbuatan tidak beretika Raja Rajeswari Seetha Raman menggunakan data palsu dan fakta rekaan dalam sebuah esei di majalah Dewan Sastera (April 2017), perempuan itu terus mencuba pelbagai taktik kotor untuk menyelamatkan diri.

Mangsa terbaharu yang dijadikan kambing hitam adalah seorang penulis wanita yang juga seorang peguam syarie.

Sebelum ini, kononnya ada aku janji dengan para responden supaya nama mereka tidak didedahkan kepada sesiapa. Maklumat mengenai responden terbabit pula sentiasa berubah-ubah sejak Raja Rajeswari diminta mengemukakan bukti kewujudan responden berkenaan.

Hal ini tidaklah menghairankan kerana sudah terbukti bahawa perempuan penipu ini tidak pernah mendapatkan maklumat daripada 20 responden Sasterawan Kavyan seperti didakwa – baca di sini. Data yang terkumpul adalah rekaan semata-mata.

Perempuan tidak bermaruah ini cuba menghasut golongan penulis dengan memetik kata-kata bekas editor Dewan Sastera, Fadli al-Akiti. Raja Rajeswari dengan penuh bangga menyokong kata-kata “Kalau kaunampak ular dengan Uthaya, kaubunuh Uthaya dulu”.


Perempuan yang tiada integriti serta terbukti menjadi Tokoh Lidah Bercabang dan Talam Dua Muka juga didapati giat menggunakan talian nombor 013-3570910 untuk mengirim mesej berniat jahat mengenai saya dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menerusi WhatsApp.


Raja Rajeswari yang dahulu pernah berkomplot dengan pihak tertentu untuk menghancurkan Kavyan pada tahun 2003 – baca di sini – pernah mencuba sekali lagi bersama-sama Lim Swee Tin untuk menangguk di air yang keruh dengan menggunakan kontroversi novel Interlok: Edisi Murid pada tahun 2011 – baca di sini. Nama Presiden PENA, Dr Mohamed Saleeh Rahamad juga cuba dicalitkan dengan tahi dalam usaha menyelamatkan diri – baca di sini.

Selepas topengnya dirobek serta penipuannya dalam isu data palsu dan fakta rekaan menerusi esei di Dewan Sastera (April 2017) didedahkan, perempuan itu dengan penuh licik terus berusaha mencari kambing hitam untuk dikorbankan.

Sebelum ini, katanya, semua fakta dalam esei adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh para responden menerusi borang soal selidik. Perkara itu sudah dibuktikan palsu dan rekaan semata-mata. Esei bertajuk “Sikap Endah Tidak Endah Bahasa Merugikan Siapa?” (Pelita Bahasa, Ogos 2003) juga mungkin menggunakan data palsu dan fakta rekaan.

Tidak hairanlah ada pandangan mengatakan perempuan ini mungkin mengalami halusinasi, dissociative identity disorder (DID) atau skizofrenia.

Maklumat yang ditulis oleh Raja Rajeswari mengenai penulis kaum India – yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris – kebanyakannya palsu, tidak benar dan berbaur fitnah. Ternyata perempuan penipu ini secara penuh sedar mahu mencemarkan imej golongan penulis kaum India pada mata masyarakat umum. Sila rujuk esei “Sasterawan Kavyan dan Sastera Kebangsaan” (Dewan Sastera, Jun 2017) untuk maklumat sebenar dan data sahih.


Terkini, Raja Rajeswari dikesan sedang menyebarkan mesej menerusi WhatsApp dan Messenger kepada beberapa orang dengan mengatakan bahawa data palsu yang termuat dalam eseinya itu diambil daripada Nisah Haron, iaitu seorang peguam syarie dan penulis sepenuh masa.

Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak nak timbul
Ikan tak nak timbul

Demikianlah sikap yang sedang ditonjolkan oleh Raja Rajeswari yang sejak tahun 2003 sudah membuktikan bahawa dia sanggup berbuat apa sahaja – ya, apa sahaja – untuk menjadi “Penulis Bukan Melayu” paling hebat di Malaysia.


Sewaktu saya membimbing, mendidik, mengasuh dan mengangkatnya menjadi penulis pada tahun 1999 dahulu, saya sangka dia adalah benih yang baik dan akan menyuburkan taman sastera negara. Rupa-rupanya dia umpama lalang, belukar  dan enau yang sepatutnya telah dicantas sejak awal. [Baca reaksi 120 responden]


Perbuatan perempuan ini tiba-tiba menuding jari ke arah Nisah Haron amat menghairankan. Perihal data palsu dan fakta rekaan dalam esei yang ditulisnya sudah didedahkan sejak awal bulan April 2017. Entah mengapa hanya sekarang (selepas pertengahan Jun 2017) dia begitu sibuk berusaha menegakkan benang yang basah dengan cuba menjadikan Nisah Haron sebagai kambing hitam. Itupun selepas pelbagai cubaan lain gagal sama sekali.


Pada awal April 2017, selepas data palsu dan fakta rekaan dalam eseinya didedahkan, Raja Rajeswari cuba mempertahankan diri dengan mengatakan bahawa dia kenal ramai pensyarah kaum India yang menulis dalam Bahasa Inggeris serta ada ramai rakan penulis yang menghasilkan karya Inggeris. Kononnya mereka telah memberikan data dan maklumat yang diperlukan untuk menulis esei berkenaan.

Sekiranya esei yang tersiar di Dewan Sastera (April 2017) diteliti, nama Nisah Haron memang tidak disebut langsung; termasuk pada bahagian bibliografi. Raja Rajeswari tidak lupa menyebut tulisannya sendiri di majalah Tunas Cipta (Oktober 2012) dan akhbar Mingguan Malaysia (26 Mei 2013), tetapi tidak ada sebarang rujukan kepada Nisah Haron dan mana-mana tulisannya.

Anehnya, apabila tembelang Raja Rajeswari pecah, peribadi buruknya sudah semakin jelas kelihatan, terbukti dia tidak mengamalkan etika penulisan, serta para penulis dan pensyarah yang dihubungi mengesahkan tidak menjadi sumber rujukan, maka perempuan ini tiba-tiba cuba mengalihkan telunjuk ke arah Nisah Haron yang langsung tidak terlibat dalam penulisan esei berkenaan!

“Kenapa penulis bangsa India itu tidak mengkritik Nisah Haron sedangkan data palsu itu saya ambil daripada Nisah? Kenapa saya dijadikan sasaran kritikan?” Demikian lebih kurang kandungan mesej yang disebarkan oleh Raja Rajeswari, baru-baru ini.

Sebelum ini, dia memperkuda dan memanipulasi nama Fadli al-Akiti sehingga editor Dewan Sastera itu menjadi mangsa keadaan. Cubaan berulang kali sejak 2003 untuk menghancurkan Kavyan pula gagal sama sekali.


Kini, apakah Raja Rajeswari yang menjadi inspirasi kepada peribahasa moden “Talam Dua Rajes” (#TalamDuaRajes) sedang menyusun plot untuk menjatuhkan Nisah Haron pula? Dan siapa pula kambing hitam yang akan dikorbankannya selepas itu? [Baca juga -- Komplot Jahat Raja Rajeswari]

Wallahu a’lam.