Sunday, 11 June 2017

Reaksi Khalayak – Bahagian 6

[Baca – BAHAGIAN LIMA] Soalan seterusnya dalam borang soal selidik bertujuan mendapatkan kepastian sama ada khalayak mempercayai kata-kata Raja Rajeswari Seetha Raman yang berhujah kononnya dia menulis esei “Kolonialisme dan Etnosentrisme: Suatu Retrospeksi Penulis India Malaysia” (Dewan Sastera, April 2017) berdasarkan data yang dikumpul menerusi borang soal selidik yang diisi oleh 60 penulis kaum India.

Berikut pandangan 120 responden pelbagai kaum yang sudah membaca esei berkenaan dan kemudian secara sukarela mengisi borang soal selidik yang saya edarkan.

17. Adakah anda yakin esei berkenaan ditulis berdasarkan data yang dikumpul daripada 60 penulis kaum India; iaitu 20 penulis karya Bahasa Malaysia, 20 penulis karya Tamil, dan 20 penulis karya Inggeris?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Yakin Sepenuhnya
0
0
0
0
Yakin
0
0
0
0
Kurang Yakin
6
0
8
7
Langsung Tidak Yakin
9
15
7
8
Tidak Tahu
0
0
0
0

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Yakin Sepenuhnya
0
0
0
0
Yakin
0
0
0
0
Kurang Yakin
5
0
9
7
Langsung Tidak Yakin
10
15
6
8
Tidak Tahu
0
0
0
0

Maklum balas 120 responden menunjukkan secara amat jelas bahawa tidak ada seorang pun yang “Yakin”, “Yakin Sepenuhnya” atau “Tidak Tahu” berhubung dakwaan Raja Rajeswari kononnya dia menulis esei berkenaan berdasarkan maklumat yang dikumpul menerusi borang soal selidik yang diisi oleh 60 penulis kaum India.

Kesemua 15 penulis kaum India dan kesemua 15 pembaca kaum India memberikan reaksi yang sama, iaitu “Langsung Tidak Yakin”. Sementara itu, 21 penulis dan 21 pembaca “Kurang Yakin” bahawa wanita itu menulis esei berkenaan berdasarkan data yang dikumpul menerusi borang soal selidik.


Ternyata saya tidak sendirian dalam menegaskan bahawa Raja Rajeswari sebenarnya telah menipu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan sidang editor majalah Dewan Sastera dengan menggunakan data palsu dan fakta rekaan untuk menulis esei yang sedang diperkatakan.

Sewaktu saya membaca esei berkenaan, amat jelas bahawa motif, tujuan dan niat Raja Rajeswari adalah tidak lain dan tidak bukan semata-mata mahu memberikan gambaran negatif, kononnya golongan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris terpisah-pisah serta merupakan golongan penulis “kelas ketiga” yang menagih simpati.

Apakah pula pandangan 120 responden yang mengisi borang soal selidik yang diedarkan?

18. Pada pandangan anda, apakah tujuan esei berkenaan ditulis?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Mengangkat Martabat Penulis Kaum India di Malaysia
1
0
1
1
Menjatuhkan Martabat Penulis Kaum India di Malaysia
8
10
7
6
Mendapatkan Bayaran (Honorarium)
6
5
7
6
Tidak Tahu
0
0
0
2

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Mengangkat Martabat Penulis Kaum India di Malaysia
0
0
0
0
Menjatuhkan Martabat Penulis Kaum India di Malaysia
8
9
7
10
Mendapatkan Bayaran (Honorarium)
7
6
8
5
Tidak Tahu
0
0
0
0

Ada 3 penulis yang berpandangan esei itu ditulis oleh Raja Rajeswari dengan niat “Mengangkat Martabat Penulis Kaum India di Malaysia.” Anehnya, tidak seorang pun penulis kaum India dan pembaca kaum India berpandangan demikian.

Majoriti responden pelbagai kaum (55 penulis dan 60 pembaca) menyuarakan pandangan bahawa tujuan sebenar Raja Rajeswari menulis esei itu adalah untuk “Menjatuhkan Martabat Penulis Kaum India di Malaysia” dan “Mendapatkan Bayaran (Honorarium)”. Esei berkenaan sudah tersiar di majalah Dewan Sastera pada April 2017, dan Raja Rajeswari tentu sudah menerima bayaran (honorarium).


Aduan rasmi terhadap data palsu dan fakta rekaan dalam esei itu sudah saya kemukakan menerusi e-mel kepada pihak DBP tetapi sehingga kini, saya belum menerima laporan rasmi hasil siasatan terhadap e-mel bertarikh 1 April 2017 bertajuk “Data Palsu di Dewan Sastera (April 2017)” dan e-mel bertarikh 3 April 2017 bertajuk “Memohon Siasatan Berhubung Data Palsu dalam Majalah Dewan Sastera, serta Kata-kata Lucah Terhadap Uthaya Sankar SB”.

Apa pula reaksi orang ramai berhubung penyiaran esei berkenaan yang menjadi topik perbincangan?

19. Apakah perasaan anda mengenai penyiaran esei itu di majalah Dewan Sastera?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Membanggakan
0
0
0
0
Menggembirakan
0
0
0
0
Membingungkan
2
0
1
1
Menyedihkan
3
3
4
2
Meragukan
2
3
7
5
Memalukan
6
9
3
7
Neutral
2
0
0
0

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Membanggakan
0
0
0
0
Menggembirakan
0
0
0
0
Membingungkan
3
1
2
2
Menyedihkan
1
3
4
4
Meragukan
6
1
5
6
Memalukan
5
10
4
3
Neutral
0
0
0
0

Tidak seorang pun daripada 120 responden – termasuk mereka yang “Sangat Meminati” dan “Minat Secara Sederhana” karya-karya tulisan Raja Rajeswari dalam Soalan 6 – merasakan penyiaran esei tulisan wanita itu di Dewan Sastera (April 2017) sebagai sesuatu yang “Membanggakan” atau “Menggembirakan”. Hanya 2 orang (penulis, Melayu) memberikan jawapan “Neutral” bagi soalan ini.

Perasaan “Membingungkan” dialami oleh 4 penulis dan 8 pembaca; manakala situasi “Menyedihkan” dirasai oleh 12 penulis dan 12 pembaca. Jawapan “Meragukan” diberikan oleh 17 penulis dan 18 pembaca; sementara 25 penulis dan 22 pembaca merasakan penyiaran esei itu sebagai sesuatu yang “Memalukan”.

Tentulah ada sebab mengapa orang ramai (dalam konteks ini, 120 responden pelbagai kaum) mengemukakan reaksi demikian selepas berpeluang membaca esei Raja Rajeswari di Dewan Sastera, April 2017.

20. Adakah esei berkenaan membantu anda lebih mengenali golongan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris?

Kelompok Penulis (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Amat Membantu
0
0
0
0
Sedikit Membantu
2
0
1
0
Kurang Membantu
5
7
4
8
Sangat Tidak Membantu
8
8
10
7

Kelompok Pembaca (60 orang)
Melayu
India
Cina
Lain
Amat Membantu
0
0
0
0
Sedikit Membantu
1
0
0
2
Kurang Membantu
4
8
6
5
Sangat Tidak Membantu
10
7
9
8

Statistik dan data yang dipaparkan di atas jelas menunjukkan bahawa esei tulisan Raja Rajeswari gagal dalam usaha membantu orang ramai lebih mengenali golongan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris.

Hanya 3 penulis dan 3 pembaca mengatakan esei berkenaan “Sedikit Membantu” manakala 24 penulis dan 23 pembaca mendapati ia “Kurang Membantu”. Malah, sejumlah 33 penulis dan 34 pembaca mengakui bahawa esei itu “Sangat Tidak Membantu” mereka lebih mengenali golongan penulis kaum India.


Akhbar Mingguan Malaysia (23 April 2017) memetik Raja Rajeswari sebagai berkata bahawa “Kajian itu antara lain memberi gambaran tentang perkembangan golongan penulis kaum India di negara ini dalam bidang kesusasteraan Melayu sejak zaman kolonial” dan “Saya membuat kajian ini selepas mendapati minat kaum India yang menulis dalam bahasa Melayu semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini.”

Ternyata wanita itu mempunyai niat dan objektif yang khusus apabila (kononnya) membuat kajian dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 60 penulis kaum India; iaitu 20 penulis karya Bahasa Malaysia, 20 penulis karya Bahasa Inggeris, dan 20 penulis karya Bahasa Tamil.

Seorang penulis yang menerima borang soal selidik itu mengirimkan salinan kepada saya baru-baru ini. Dalam borang soal selidik itu, Raja Rajeswari menulis: “Kajian ini dilaksanakan untuk melihat kecenderungan mereka (penulis kaum India) secara menyeluruh sebagai penulis bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Tamil.”


Jelas kelihatan bahawa wanita ini memberikan alasan (objektif) yang berbeza dalam borang kaji selidik, dalam esei, dan di akhbar Mingguan Malaysia. Tambahan pula – seperti yang sudah saya buktikan tanpa sebarang keraguan – 60 penulis kaum India yang kononnya mengisi borang soal selidik yang diedarkan oleh Raja Rajeswari sebenarnya tidak wujud; kecuali dalam imaginasinya sahaja.

Maka, tidak hairanlah apabila dia sendiri mengakui: “ada pihak termasuk penulis kaum India yang mempertikaikan kajiannya itu dengan mengatakan ia bukan daripada sumber yang sahih” (Mingguan Malaysia, 23 April 2017). Penggunaan frasa “termasuk penulis kaum India” membuktikan bahawa memang ramai orang (pelbagai kaum) mempertikaikan kajian itu!

Esei yang ditulis menggunakan imaginasi, halusinasi, data palsu dan fakta rekaan tentu sahaja tidak mampu membantu memberikan maklumat sebenar kepada khalayak pembaca. Maka, tidak hairanlah 47 responden mendapati esei yang dibincangkan “Kurang Membantu” manakala 67 responden mendapati ia “Sangat Tidak Membantu” mereka lebih mengenali golongan penulis kaum India. [BERSAMBUNG – BAHAGIAN TUJUH]