6 Aug 2016

Kumpulan Esei Mandala Bicara


Saya [Uthaya Sankar SB] menerbitkan sebuah buku kumpulan esei (makalah/rencana) Bahasa Malaysia berhubung sosiobudaya kaum India
Buku Mandala Bicara memuatkan 22 esei Bahasa Malaysia berkaitan budaya kaum India. Misalnya, mengenai amalan puasa dalam budaya India/Hindu, tarian klasik kathakali, kuchipudi dan mohiniyattam, penerangan tentang konsep karma dan dharma, keunikan Navaratiri, Chetti Melaka dan sebagainya. [SENARAI KANDUNGAN]

Buku ini merupakan kumpulan esei kedua saya selepas Malaiur Manikam (November 2015), serta buku tunggal saya pada tahun 2016.



Maklumat buku adalah seperti berikut:

Judul: Mandala Bicara 
ISBN: 978-967-13624-1-9
Penulis: Uthaya Sankar SB
Penerbit: Uthaya Sankar SB (978-967-13624)
Kategori: Esei sosiobudaya 
Tebal: 185 halaman (termasuk prelim)
Tarikh Terbit: November 2016 
Harga Pasaran: RM30 (harga sama seluruh dunia)
Harga Istimewa: [rujuk di sini]





Antara topik yang diperkatakan dalam buku Mandala Bicara: OnamKathakali Vishu Pohon PisangNeem Kuchipudi Dharma Karma Ayurveda Kutiyattam Mohiniyattam Viratam Bahuchara Chetti MelakaNavaratiri Rahsia Melayu Era Hindu. Pasti ada sesuatu yang baharu untuk setiap pembaca! 


Bagi menjayakan projek penerbitan ini, saya mendapat sokongan dalam bentuk tempahan awal berbayar (paid pre-order) daripada orang ramai. Terima kasih kepada rakan-rakan dan saudara-mara yang memberikan sokongan serta membuat tempahan awal berbayar. [SENARAI NAMA DI SINI]


Pelbagai topik yang berkaitan dengan budaya kaum India diulas secara ringkas dalam buku Mandala Bicara menggunakan Bahasa Malaysia yang mudah difahami. Istilah Tamil, Sanskrit, Malayalam, Telugu dan sebagainya digunakan mengikut keperluan. [Senarai Kandungan]


Buku ini dicetak dalam jumlah terhad, dan setiap naskhah ditandatangani dan disertakan nombor siri. Pastikan anda membeli naskhah asli. 

Nama penyumbang yang membuat tempahan awal berbayar sebelum 15 Oktober 2016 dicetak secara kekal pada “Senarai Penyumbang” di dalam buku

Nama penyumbang yang membuat tempahan awal berbayar sebelum 31 Oktober 2016 akan dipaparkan pada “Senarai Penyumbang” di blog. [LIHAT DI SINI]


Buku Mandala Bicara dicetak dalam jumlah 1,000 naskhah sahaja, dan memuatkan esei-esei saya yang dipilih dan disunting semula, khusus untuk tujuan koleksi ini. 



Jika anda berminat membeli buku ini, sila:



Harap maklum bahawa wang yang terkumpul menerusi tempahan awal berbayar sehingga 15 Oktober 2016 digunakan untuk menampung sebahagian kos mencetak buku ini.

Maknanya, setiap individu yang membuat tempahan awal berbayar bukan hanya membeli buku Mandala Bicara, tetapi telah turut menyumbang ke arah kelahiran buku ini. 


Sudilah menghubungi saya [Uthaya] jika ada sebarang pertanyaan.


Harap sudi juga mempromosikan maklumat mengenai penerbitan buku Mandala Bicara kepada rakan-rakan dan saudara-mara.