17 Aug 2016

Dermawan … Jutawan

“Kalau Saya Seorang Jutawan”

Tajuk karangan yang tidak pernah saya pilih sejak sekolah rendah!

Isi karangan biasanya sangat skema: Sejumlah wang untuk ibu bapa, sejumlah wang untuk membeli barangan yang diimpikan, sejumlah wang untuk rumah anak yatim, sejumlah wang disimpan di bank.

Saya tahu karangan itu penipuan semata-mata. Hanya imaginasi bagi seorang kanak-kanak miskin seperti saya.

Kini, apabila melihat betapa komuniti akar-umbi pelbagai kaum memerlukan bantuan, saya sering berfikir: Kalaulah Saya Seorang Jutawan ...

Namun, saya sedar bahawa saya tidak mungkin menjadi seorang jutawan. Dan sebenarnya, saya tidak perlu menjadi jutawan untuk membantu.

Saya selalu memberitahu rakan-rakan bahawa saya mahu menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan. Saya mahu membantu bukan kerana saya kaya, tetapi saya pernah merasai kehidupan serba kekurangan.

Sejak beberapa tahun lalu, ramai individu budiman tampil menghulurkan sumbangan ikhlas untuk membantu menjayakan pelbagai projek komuniti yang dijalankan oleh Kavyan – CONTOH CONTOH CONTOH.

Baca juga - Tabung Projek Komuniti Kavyan

Jika anda melihat foto kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga emas menerima sumbangan dan bantuan daripada wakil Kavyan, ketahuilah bahawa senyuman pada wajah mereka lahir berkat sumbangan ikhlas para dermawan.

Doa saya: Semoga para dermawan dan keluarga mereka sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.