14 May 2018

Jaminan Bahan Bacaan Bermutu

Dalam kesibukan harian, anda tetap tidak lupa akan tanggungjawab mencari bahan bacaan yang bermutu dan sesuai bagi diri sendiri dan orang tersayang.


Kemunculan Malaysia Baharu – susulan Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018 – menaikkan semangat dan keinginan Bangsa Malaysia untuk saling bersatu dan mengenali keunikan masyarakat majmuk.

Izinkan saya untuk mencadangkan bahan bacaan bermutu yang saya terbitkan untuk dijadikan santapan minda khalayak pelbagai kaum dan latar belakang.


Cubalah – Mandala Bicara – Kumpulan esei berkaitan budaya kaum India. [HABIS  18 Ogos 2018]

Cubalah – Malaiur Manikam – Kumpulan esei yang mencabar minda dan sudah mengundang kontroversi!

Cubalah – Ikan Patin dan Beruang Besar – Kumpulan cerpen khas untuk kanak-kanak.


Cubalah – Karupaya – Kumpulan cerpen sulung M. Mahendran.

Cubalah Kurnia  Kumpulan sajak sulung Ramakrishnan.

Cubalah – Hanuman: Suara Hati – Kisah Ramayana dari sudut watak Hanuman sendiri.

[BELI BUKU PADA HARGA PAKEJ]

Menurut data, sekitar 56% kanak-kanak kaum India belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).


Akan tetapi, 44% individu kaum India, serta Bangsa Malaysia yang tidak belajar Bahasa Tamil secara formal, masih boleh menikmati kandungan karya Tamil menerusi terjemahan dan penceritaan semula.


Cubalah – Thirukkural dan Megha Duta – Huraian 100 kural terpilih daripada Bahasa Tamil, serta sebuah puisi romantik Sanskrit yang terkenal di seluruh dunia.

Hubungi uthayasb@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 jika anda memerlukan maklumat lanjut, atau jika ada sebarang pertanyaan.