5 Feb 2018

Komen Anda Untuk Buku Saya

Saya sedang mengumpulkan komen ringkas – maksimum 20 perkataan – daripada rakan-rakan yang pernah membaca karya-karya saya.

Komen-komen ini akan dimuatkan dalam buku saya pada masa depan. Ia juga mungkin dipaparkan di media sosial bersama foto anda. [Buku akan datang]

Komen yang dikemukakan bukan ulasan anda berkenaan salah satu cerpen atau novel saya. Sebaliknya, komen secara umum terhadap karya-karya saya yang pernah anda baca. Misalnya, kesan daripada pembacaan karya-karya itu.

Sebaik-baiknya, komen anda adalah eksklusif; tidak sekadar mengulang komen-komen yang sudah pernah ditulis oleh orang lain. Komen ada bukan berupa puji-pujian yang melampau; sebaliknya komen ikhlas berdasarkan pengalaman anda membaca karya-karya saya.

Berikut contoh daripada buku Ikan Patin dan Beruang Besar (2017):

“Penulisan Uthaya bukan sahaja indah, malah membantu memperindah penguasaan bahasa para pembaca.” – Thinager Krishna (Ipoh, Perak)

“Walaupun mudah difahami, ruang fikir kita sentiasa terdetik untuk menghalusi karya Uthaya Sankar SB.” – M. Mahendran (Bentong, Pahang)

“Saya menggemari usaha Uthaya memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia sambil mengangkat identiti kaum India dalam karya.” – Adzim Poh Yuen Wen (Subang Jaya, Selangor)

Format komen adalah seperti berikut:

“Komen anda sepanjang maksimum 20 patah perkataan. Bukan ulasan sebuah karya. Rujuk panduan di atas.” – Nama Anda (Bandar, Negeri)

Komen mestilah ditulis menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dari segi ejaan, tatabahasa dan tanda baca. Komen anda mungkin disunting, tanpa menghilangkan maksud asal.

Komen boleh dikirim menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau menerusi mesej peribadi di www.facebook.com/uthaya sebelum 31 Mei 2018.

Komen yang sesuai akan dimuatkan dalam buku saya yang akan datang. [Maklumat Buku Akan Datang]