“Pelajar sekolah vernakular khususnya sekolah Tamil tidak mampu
berbahasa Melayu dan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kian
merosot dalam jangka masa lima tahun walaupun bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan.”
Demikian didedahkan oleh Profesor Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam, pensyarah Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau mendedahkan fakta berdasarkan “bukti yang sahih dan data empirikal”
itu pada majlis pelancaran Buku Panduan
Kosa Kata Bahasa Melayu SJKT yang turut disaksikan ketua pengarah SEDIC,
Profesor Datuk Dr N.S. Rajendran dan
dilaporkan di MalaysiaGazette (10 Disember 2017).
[Catatan menarik – Apabila saya mendedahkan kelemahan
hampir sama menerusi esei bertajuk “Persoalan
Kempen SJKT Pilihan Kita” (The
Malaysian Insider, 12 Januari 2016), Dr. Rajendran mahukan “bukti
yang sahih dan data empirikal”. Nah! Ini antara data dan bukti yang
berada di depan mata tetapi sengaja tidak mahu dilihat. Tentu pada kali ini
akhbar Tamil Nesan dan Malaysia
Nanban akan membisu seribu bahasa.]
Dalam pada itu, jika anda benar-benar mahukan anak-anak anda yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menguasai Bahasa Malaysia – sekali gus mampu meningkatkan pencapaian dalam UPSR – maka galakkan mereka membaca buku cerita bermutu.
Cadangan saya – Nari! Nari! (2015) serta Ikan
Patin dan Beruang Besar (2017).
Atau anda boleh memilih untuk terus memberi sokongan kepada kempen anti-Kavyan dan anti-Uthaya yang dimulakan oleh seorang guru bermasalah dan tidak mengenang budi, Yogesvaran Monogaram (M. Navin), menerusi laman Vallinam dan Yaal pada Januari 2016.