Monday, 23 October 2017

Forum Agama-agama Minoriti


Forum Mempertahankan Agama Minoriti” dan “Forum Mengenai Agama Minoriti” ternyata mendapat perhatian serta menarik minat orang ramai; termasuk pengunjung blog saya secara berterusan.

Saya sering menulis esei mengenai agama-agama minoriti – khususnya Hinduisme – dalam usaha membantu memupuk pemahaman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, keturunan, etnik, agama dan kepercayaan di Malaysia.

Konvoi Rumah Ibadat” pula dianjurkan oleh Kavyan sejak tahun 2010 dan mendapat sambutan daripada orang ramai; khususnya remaja dan belia.

Saya bercadang menganjurkan “Forum Agama-agama Minoriti di Malaysia” untuk membuka ruang dan peluang kepada orang ramai berbincang, berbual, mengenali dan memahami sejarah, ajaran, falsafah dan keunikan agama-agama minoriti yang terdapat di Malaysia.

Forum dijadualkan pada 2 Disember 2017 (Sabtu), 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, sekiranya mendapat sambutan dan komitmen daripada minimum 10 orang. Lokasi forum bergantung kepada pilihan para peserta sendiri. Mungkin juga sebuah rumah ibadat atau rumah salah seorang peserta boleh dijadikan tempat forum.

Kemas kini - Forum akan diadakan di pejabat Projek Dialog (Petaling Jaya).

Sila hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau mesej Facebook selewat-lewatnya pada 15 November 2017 jika anda berminat untuk terlibat sama dalam majlis ilmu ini; sama ada sebagai panel atau peserta.