1 Jul 2017

Penyunting Kumpulan Cerpen Kanak-kanak


Saya pernah bercadang menerbitkan sebuah kumpulan cerpen kanak-kanak pada awal tahun 2016; tetapi terpaksa ditangguhkan kerana semua manuskrip hilang akibat kerosakan komputer riba.

Kini, kesemua manuskrip berjaya ditaip semula dan saya bercadang menerbitkan buku ini pada tahun ini (2017), jika mendapat sokongan. [Maklumat lanjut di sini]

Buku berkenaan mengumpulkan sepuluh (10) cerpen kanak-kanak tulisan saya, dan pernah tersiar di majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Media Karangkraf.

Sebagai usaha memupuk kerjasama dan penglibatan rakan-rakan dalam penerbitan buku ini, saya memerlukan bantuan sepuluh (10) individu untuk menjadi penyunting (editor) secara sukarelawan bagi buku ini.


Catatan pada 12 Julai 2017: Jumlah penyunting sudah mencukupi, dan tawaran ditutup.

Sebahagian syarat dan panduan adalah seperti berikut, dan individu yang berminat perlu bersetuju dengan kesemua syarat/panduan:

1. Penyunting mestilah warganegara Malaysia.

2. Penyunting mestilah berumur minimum 18 tahun.

3. Penyunting tidak dibayar.

4. Individu yang berminat menjadi penyunting tidak perlu ada sebarang pengalaman menyunting buku sebelum ini.

5. Individu yang berminat menjadi penyunting perlu membuat pengesahan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2017. (Tawaran ditutup sebaik cukup 10 orang sukarelawan. Catatan pada 12 Julai 2017: Jumlah penyunting sudah mencukupi, dan tawaran ditutup.)

6. Individu yang berminat menjadi penyunting perlu mengirim biodata diri selewat-lewatnya pada 31 Julai 2017. Panjang biodata adalah maksimum 60 patah perkataan. Contoh biodata boleh dirujuk di dalam buku Kisah Dari Siru Kambam (2013) dan Hanuman: Suara Hati (2013). Biodata mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja menggunakan Bahasa Malaysia dan wajib dimulakan dengan nama individu (penyunting) berkenaan. Contoh dan panduan menulis biodata boleh dirujuk DI SINI.

7. Manuskrip perlu disunting dalam masa 14 hari sahaja.

Sekiranya anda 100% berminat dan komited, sila hubungi uthayasb@yahoo.com.my dengan kadar segera. [Komen Anda Diperlukan] [Senarai Penyunting Bersekutu

Harap maklum bahawa hanya 10 penyunting diperlukan. Yang dahulu didahulukan. Catatan pada 12 Julai 2017: Jumlah penyunting sudah mencukupi, dan tawaran ditutup.