Thursday, 15 June 2017

Komen Bagi Rakaman Audio Bacaan Cerpen


Orang ramai yang sudah berpeluang mendengar Rakaman Audio Baca Cerpen dipelawa mengemukakan komen atau ulasan ringkas untuk dipaparkan di Facebook dan blog.

Komen atau ulasan perlulah ikhlas, serta dikemukakan hanya selepas mendengar cerpen dalam bentuk rakaman audio. Panjang sekitar 10–20 perkataan sahaja, dan menggunakan Bahasa Malaysia yang mudah difahami.

Format komen adalah seperti berikut:

“Komen atau ulasan sepanjang 10–20 perkataan.” – Nama Anda (Bandar, Negeri)


Komen atau ulasan boleh dikirim menerusi mesej peribadi di Facebook (Messenger), WhatsApp atau e-mel uthayasb@yahoo.com.my [jangan lupa .my].


Anda diminta mengemukakan komen atau ulasan berdasarkan salah satu cerpen, bukan secara keseluruhan bagi kesemua 8 cerpen. Kalau anda suka 4 rakaman audio bacaan cerpen, misalnya, maka anda boleh kirim 4 ulasan/komen berbeza.


Jangan lupa nyatakan judul cerpen yang sedang diulas. Tetapi tolong jangan tulis sinopsis atau ringkasan cerita!

Jangan hanya kata anda suka sesebuah cerpen, tetapi nyatakan mengapa anda menyukainya.


Contoh [rekaan sahaja!] komen dan ulasan:

“Cerpen ‘Sebuah Cerita Biasa’ membuatkan saya boleh membayangkan situasi cerita yang digambarkan. Ia umpama sebuah filem.” – Kandan Vasudevan (Raub, Pahang)

“Anak-anak saya suka mendengar cerpen ‘Jangan Pandang Sang Bulan’ kerana watak Thaata (Datuk) amat melucukan!” – M. Gunavathy (Bagan Serai, Perak)

“Cerpen ‘Anjing’ sungguh menyentuh jiwa dan mendebarkan. Cerita ini menggambarkan realiti hidup manusia.” – Lee Meng Kuan (Seremban, Negeri Sembilan)

“Gaya pembacaan serta muzik latar membuatkan cerpen ‘Bapaku Sasterawan’ benar-benar berkesan. Apatah lagi apabila didengar sambil memandu kereta.” – Nur Hidayah Ramlee (Arau, Perlis)

Harap maklum bahawa ulasan atau komen anda adalah bagi bacaan cerpen dalam versi rakaman audio, bukan mengenai cerpen dalam bentuk cetakan (buku).

Komen oleh: [Anuradha Chelliah] - [M. Mahendran] - [Janarthani Arumugam