14 Feb 2017

Kaunseling Pembimbing Rakan Sebaya

PROGRAM MEMPERKASAKAN BELIA PeBT ZON 9
KAUNSELING PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

1.0

TARIKH DAN MASA
25 Februari 2017 (Sabtu); 8:30 pagi – 2:00 petang
2.0

LOKASI
Pusat Komuniti Sosial Zon 9, Pangsapuri Damai, Jalan Tokoh 25/28, Taman Sri Muda, Shah Alam
3.0

KONSEP DAN PENGISIAN PROGRAM
Program Memperkasakan Belia: Kaunseling Pembimbing Rakan Sebaya dirangka khusus untuk memberikan ruang dan peluang kepada golongan belia pelbagai kaum di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam untuk berkongsi maklumat berkaitan isu-isu pendidikan dan sosial yang berleluasa. Program ini merangkumkan pendekatan ceramah, bengkel dan sesi kaunseling berkumpulan untuk mencapai sasaran.
1 - Peluang belia meluahkan masalah/isu sosial/pendidikan
2 - Peluang belia mencadangkan cara mengatasi masalah/isu
3 - Memperkasakan belia dengan ciri kepimpinan dan asas kaunseling
4 - Kaunseling berkumpulan untuk mencari penyelesaian bagi masalah/isu
5 - Melahirkan pemimpin belia yang ada asas kaunseling
4.0

TUJUAN PROGRAM
Program ini dirangka secara holistik dalam usaha memberikan peluang kepada belia pelbagai kaum mengetengahkan isu-isu pendidikan dan sosial yang berlaku di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam. Kaunseling berkumpulan mampu memberikan keyakinan kepada belia untuk berkongsi pandangan, selain membincangkan cara-cara menangani masalah yang diketengahkan. Aspek kepimpinan dan asas kaunseling yang diberikan akan memperkasakan belia terbabit supaya boleh menyumbang kepada usaha mengenal pasti isu/masalah dalam kalangan rakan sebaya, serta mmebantu belia yang berdepan masalah berkaitan isu pendidikan dan sosial. Pendekatan kaunseling berkumpulan, ceramah dan bengkel merupakan kaedah/pendekatan yang terbukti berkesan dalam mencapai objektif yang disasarkan. Program dirangka dan dikendalikan sepenuhnya oleh seorang guru cemerlang (GC) dan seorang jurulatih bertauliah yang diiktiraf Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF). Penceramah juga merupakan individu yang berpengalaman luas dalam mengendalikan projek komuniti dan kaunseling berkumpulan. Lihat juga: Penghayatan Bahasa dan Sastera (26 Februari 2017)
5.0


TENTATIF PROGRAM
0830 – 0900    
Pendaftaran dan Sarapan
0900 – 1000
Memperkenalkan diri, berkongsi isu pendidikan/sosial
1000 – 1100   
Kaunseling berkumpulan – menangani isu belia
1100 – 1200   
Ciri-ciri pemimpin belia dan pembimbing rakan sebaya
1200 – 1300  
Pembentangan berkumpulan – mengatasi isu belia
1300 – 1400  
Majlis penutupan dan penyampaian cenderamata
Makan tengah hari
* Sijil penyertaan akan diberikan kemudian berdasarkan senarai kehadiran
6.0

TARIKH TUTUP
22 Februari 2017
7.0

BAHASA PENGANTAR
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil (jika perlu)
8.0

MAKLUMAT LANJUT DAN BORANG PENYERTAAN
P. Thiruselvam – 017-2828814 (Pengerusi PeBT Zon 9)
Uthaya Sankar SB – 016-3288142 (Presiden Kavyan)