1 Oct 2016

Jati Diri


“Seseorang individu tidak perlu kehilangan jati diri dan keunikan yang dimiliki apabila mendalami budaya Melayu, mempelajari agama Islam, dan menguasai bahasa Melayu. Tambahan pula, ketiga-tiga perkara itu berada di sekeliling kita, serta bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) pula bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.”

Demikian pandangan seorang individu keturunan Siam dan beragama Buddha yang turut dimuatkan dalam buku Mandala Bicara. Tentu ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada orang Siam di Malaysia.

Masuk ke dalam Mandala. Meresap ke dalam Minda.