12 May 2016

Belajar Kemahiran Menulis

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Music Perception (Februari 2015) membuktikan bahawa setiap orang berkebolehan untuk menyanyi. Ia dianggap kemahiran yang boleh dipelajari dan diperbaiki menerusi latihan berterusan.

Bagaimana pula dengan kebolehan menulis karya kreatif seperti cerpen? Adakah ia juga kemahiran yang boleh dipelajari dan diperbaiki menerusi latihan berterusan?

Di Barat, terdapat pelbagai bengkel dan kelas khas untuk membimbing sesiapa yang berminat untuk mempelajari kemahiran menulis. [CONTOH] Malah, ramai yang berjaya menjadi penulis walaupun tidak dilahirkan dengan bakat semula jadi.

Sejak 1994, saya mengendalikan puluhan bengkel penulisan cerpen, berita, makalah dan puisi. Siri bengkel turut dikendalikan menerusi Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak diasaskan pada 1999.

Terbaharu, Bengkel Cerpen Kavyan akan diadakan pada 18 Jun 2016 (Sabtu) di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Di akhir bengkel berkenaan, para peserta dijamin akan memahami teknik dan selok-belok menghasilkan manuskrip cerpen yang bermutu dan sesuai untuk siaran majalah-majalah berwibawa.

Mendaftar dan sertailah Bengkel Cerpen Kavyan untuk menjawab sendiri persoalan sama ada kemahiran menulis cerpen boleh dipelajari. Mungkin anda sendiri akan menjadi “jawaban” yang dicari! - Lihat juga: English Skills for You(th)