26 Nov 2015

Dungu Macam Patriots

Kumpulan esei (makalah) Malaiur Manikam terbit pada 18 November 2015 dan dilancarkan (diperkatakan) di Serdang pada 21 November 2015.

Tentulah saya mengharapkan komen, kritikan, reaksi dan ulasan orang ramai selepas membaca buku ini.

Akan tetapi, kelompok yang mula melalak, menyalak dan melolong mulai 22 November 2015 adalah puak yang segera memberi inspirasi kepada kelahiran peribahasa moden #DunguMacamPatriots.

Mereka tidak membeli buku itu (hanya seorang membeli) dan mereka tidak membaca buku itu (hanya seorang selak sepintas lalu beberapa halaman).

Apa yang menghairankan, puak #BangangMacamMenteri dan #MacaiMacam Satees ini tampil menyebarkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas – dan agak melucukan.

Saya mendapat tahu bahawa puak berkenaan mahu menulis sebuah buku untuk “menjawab” hujah saya dalam sebuah (ya, sebuah sahaja) makalah yang termuat dalam buku Malaiur Manikam.

Apa yang menarik, hanya seorang dalam kumpulan 66,000 orang itu membeli dan membaca buku berkenaan (itu pun hanya selak sepintas lalu satu daripada 25 esei!). Selebihnya hanya macai dan juak-juak yang menyalak dan melolong.

Lebih menarik apabila puak itu fikir buku saya adalah koleksi esei mengenai sejarah Melayu. Lain kali, beli, baca, baru bahas!

Ternyata peribahasa #BangangMacamMenteri kini ada kembarnya, iaitu #DunguMacamPatriots. Saling melengkapi!

UMNO dan konconya di dalam dan di luar Barisan Nasional sering bercakap mengenai Ketuanan Melayu; atau Ketuanan Umno. PKR pernah bercakap tentang Ketuanan Rakyat; tetapi kini sibuk dengan Ketuanan Anwar.

Politikus yang mengamalkan dasar pecah dan perintah tidak akan berani bercakap mengenai Wasiat Raja-raja Melayu 1957. Orang Melayu pula membiarkan hak istimewa jatuh ke tangan orang yang licik memanipulasi peruntukan Perlembagaan.

Semua isu sensitif yang jarang diperkatakan ini turut disentuh dalam Malaiur Manikam. Mudah sahaja: Beli. Baca. Bantah. [Semak Stok]

Beberapa rakan mengirimkan keratan (screenshot) komen-komen yang ditulis oleh puak #DunguMacamPatriots di laman rangkaian sosial dan ruang siber. Saya kongsikan di Facebook, dan saya dokumentasikan di sini untuk tujuan rujukan anak-cucu.

Puak itu melenting sebelum (ulang: sebelum) membaca Malaiur Manikam. Kononnya, buku ini ada unsur hasutan dan penyelewengan fakta mengenai sejarah Melayu.

Kalau puak ini meluangkan masa membaca Pulau Pendatang, tentu 66,000 ahlinya akan membuat demonstrasi besar-besaran di Putrajaya! Tetapi jangan risau kerana puak ini hanya tahu menyalak – bukan tahu membaca. [Baca juga Puak Patriots dan Lubuk Kedunguan]

Puak #MacaiMacamSatees (DAP) kata, Pulau Pendatang menghina kaum Cina dan India sebagai “pendatang”. Puak #DunguMacamPatriots (ultra kiasu) kata, Malaiur Manikam menafikan kewujudan kaum Melayu.

Kedua-dua puak #BangangMacamMenteri ini tidak membaca buku-buku berkenaan sebelum menyalak dan melolong. Memang menyedihkan.

Apabila sebuah makalah saya tersiar di Projek Dialog pada 2014, puak #DunguMacamPatriots yang tidak membaca makalah itu menyebarkan fitnah “Uthaya kata bangsa Melayu tidak wujud” dan “Bangsa Melayu Itu Tidak Wujud?

Sebagai memberi kredit kepada sikap bodoh sombong mereka, saya menggunakan judul “Kaum Melayu Tidak Wujud?” bagi sebuah makalah dalam Malaiur Manikam.

Sayang seribu kali sayang. Puak itu langsung tidak membaca buku saya, tetapi terus melalak, melolong dan menyalak. Mereka sebenarnya mengejar ekor sendiri yang terpalit tahi! Kisah kebebalan mereka juga sebenarnya sudah saya ulas dalam Malaiur Manikam. Malangnya, mereka tidak membaca.

Sesungguhnya, puak #DunguMacamPatriots disebut beberapa kali dalam buku Malaiur Manikam. Cuma, saya hanya menggunakan gelaran “puak” kerana peribahasa #DunguMacamPatriots belum muncul waktu itu.

Malangnya, mereka tidak mampu membeli dan tidak mampu membaca buku ini. Mereka hanya tahu menyalak bukit. Sedih, bukan? [MAKLUMAT BUKU] - [BELI BUKU INI] - [The Patriots dan Lubuk Kedunguan]

Terbaharu - [Pendedahan Pentadbir The Patriots]