9 Sept 2015

Kami Pelakon Nari! Nari!

Sekumpulan kanak-kanak dari sebuah kampung di Batang Berjuntai, Kuala Selangor sudah memulakan sesi membaca dan menghayati sebuah cerita dalam buku Nari! Nari! untuk dipersembahkan pada majlis pelancaran yang dijadualkan pada pertengahan Oktober 2015.

Sementara itu, sekumpulan empat kanak-kanak di Taman Sri Muda, Shah Alam sudah menyediakan skrip untuk lakonan berdasarkan sebuah cerita dalam buku ini.


Persembahan sulung dijadualkan pada 27 September 2015 (Ahad), 10:00 pagi di Kampong Jawa Selangor, Batang Berjuntai, Kuala Selangor, di bawah seliaan Kumaran Nagapa.

Maklumat lanjut akan menyusul. Sementara itu, bacalah: Sinopsis CeritaPengenalan BukuKomen Rakan-rakan.