18 Apr 2014

Kamus Tamil-Melayu Dewan

Kini, pencinta dan penutur Bahasa Tamil serta kelompok penulis Tamil di Malaysia mempunyai satu lagi peluang mudah untuk menguasai Bahasa Malaysia (Melayu). Kamus Tamil-Melayu Dewan (2013) diterbitkan khusus untuk kegunaan penutur asli Bahasa Tamil yang ingin mempelajari Bahasa Malaysia. 

Lihat – FOTO 1FOTO 2FOTO 3 - FOTO 4

Saya berpeluang membeli senaskhah kamus ini dari Kedai Koperasi DBP (Wisma DBP, Kuala Lumpur) yang merupakan pengedar tunggal bagi kamus ini. Maknanya, kamus ini tidak dijual di kedai-kedai buku lain.


Bagaimanapun, orang ramai berpeluang membeli kamus ini daripada Perunding Media Motivasi dan Penerbitan Uthaya (SA0184670-H) secara dalam talian pada harga istimewa. Berikut maklumat bagi tempahan berbayar sehingga 23 Disember 2020 (9:00 malam).

Judul: Kamus Tamil-Melayu Dewan
Tahun terbit: 2013
Tebal: 673 halaman
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Jumlah entri: 10,376 entri dan subentri
Harga pasaran: RM50.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Harga saya: RM34.00
Kos penghantaran: RM8.00 (PosLaju – Malaysia sahaja)


Entri kamus ini menggunakan perkataan Tamil dengan tulisan Tamil, diikuti sebutan dalam tulisan Roman, diikuti makna perkataan dalam Bahasa Malaysia; diikuti contoh ayat dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Malaysia. [CONTOH]

Di akhir kamus ini terdapat glosari yang bermula dengan perkataan Bahasa Malaysia, diikuti padanannya dalam Bahasa Tamil (tulisan Tamil) dan juga panduan sebutan dalam tulisan Roman.

Maknanya, selain daripada penutur dan kelompok yang tahu membaca tulisan Tamil, Kamus Tamil-Melayu Dewan juga boleh dimanfaatkan kaum India yang belum menguasai Bahasa Tamil sepenuhnya; serta sesiapa sahaja (pelbagai kaum) yang mahu mengetahui perkataan sesuai dalam Bahasa Tamil (kerana disediakan panduan sebutan dalam tulisan Roman).


Saya secara peribadi menyarankan kamus ini kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), guru-guru SJKT, murid/pelajar Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan (SK), penulis Tamil, kaum India yang tahu Bahasa Tamil (pertuturan/bertulis) serta masyarakat pelbagai kaum yang berminat mempelajari Bahasa Tamil.

Hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya Sankar SB) untuk urusan pembelian atau jika ada sebarang pertanyaan. Tempahan berbayar ditutup pada 23 Disember 2020 (9:00 malam) dan kamus akan dikirim menggunakan PosLaju mulai 28 Disember 2020. Tempahan tanpa membayar (tempahan air liur) tidak dilayan.