18 Jan 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

Sebagai seorang perunding media, suka saya menasihatkan Pengerusi BN supaya mengeluarkan arahan agar para pemimpin dan konco-konco BN yang hadir pada majlis penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 supaya “jangan cakap banyak”. Semakin banyak mereka bercakap, semakin terpancar kebodohan yang sekali gus “membantu” menjahanamkan BN di mata Rakyat. Usah lupa bahawa wang itu adalah wang Rakyat; bukan wang BN. Belajarlah daripada pengalaman Zohra Jabeen @ Nikki Da Best. Namun, ini sekadar nasihat dan tidak wajib diterima.