Sunday, 30 December 2012

Tiger Isle

Saya mendapat tahu mengenai novel Tiger Isle: A Government of Thieves (2012) karya E. S. Shankar menerusi paparan di laman rangkaian sosial Facebook Sharon Bakar.
 
Kebetulan, Sharon mengundang Shankar ke acara Readings@Seksan pada 29 Disember 2012. Maka, saya memutuskan untuk membeli novel berkenaan, bertemu pengarang dan mendapatkan tandatangan beliau.
 
Ulasan berkaitan novel ini dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca DI SINI dan DI SINI dan DI SINI bagi membantu pemahaman lebih lanjut berkenaan kandungan dan kisah yang disajikan menerusi novel sulung ini. Ulasan saya bertajuk "Kerajaan Perompak di Pulipore" boleh dibaca DI SINI pada 7 Januari 2013.
 
Dipika Mukherjee menerusi novel Thunder Demons (2011) memulakan kisah dengan insiden seorang wanita jelita diikat bahan letupan dan diletupkan di suatu lokasi di Shah Alam, Selangor, Malaysia atas arahan seorang politikus dan isterinya.
 
Kisah seorang pelakon wanita jelita dalam novel Tiger Isle yang dibunuh secara ganas melibatkan seorang pemimpin tertinggi dan isterinya pula berlaku di Pulipore – bukan Singapore dan bukan juga Malaysia – di mana “puli” adalah “harimau” dan “singa” adalah “singa” yang berasal daripada bahasa Tamil.
 
Judul novel: Tiger Isle: A Government of Thieves
Pengarang: E. S. Shankar
Tahun terbit: 2012
Penerbit: Gerakbudaya Enterprise
Tebal: 328 halaman
Bahasa: Bahasa Inggeris dengan sedikit Bahasa Malaysia dan Tamil
Harga pasaran: RM30.00
Jumlah stok: 0 naskhah [dengan tandatangan penulis]
Jumlah stok: Ada [tanpa tandatangan penulis]
Kos penghantaran: RM3.00 (Pos Biasa; Malaysia sahaja) atau RM5.00 (Pos Laju; Malaysia sahaja)
 
Latar tempat Pulipore atau Tiger Isle – peta lokasi dan kedudukannya di Asia Tenggara disertakan dalam novel ini – mengingatkan saya pada Pulau Cinta yang menjadi latar bagi beberapa cerpen saya sendiri.
 
Tiger Isle menampilkan sebuah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa secara keterlaluan; maka dimasukkan tajuk kecil “A Government of Thieves” pada judul novel.
 
Harus saya nyatakan bahawa terdapat banyak watak kaum India, budaya India dan agama Hindu dalam novel ini. Hal ini perlu saya nyatakan sebelum saya dituduh mempromosi karya yang memuatkan unsur penyebaran agama Hindu.
 
Harga buku ini adalah RM30.00 senaskhah. Pembaca boleh juga mendapatkan novel ini di beberapa kedai buku terkemuka. Mungkin juga pada harga diskaun hebat.
 
Saya ada beberapa naskhah eksklusif bertandatangan penulis untuk dijual kepada rakan-rakan yang berminat. Seperti biasa, hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau hantar mesej menerusi www.facebook.com/uthaya jika anda berminat membeli novel ini daripada saya sementara stok masih ada. Pesanan menerusi SMS tidak akan dilayan.
 

1 comment:

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!