Sunday, 2 September 2012

Penulis Malaysia – 3

Apabila saya mencalonkan Profesor Madya Dr Lim Swee Tin bagi Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran “Sasterawan Negara” maka ada pelbagai pihak yang mempertikaikannya. Menurut mereka, ada ramai lagi penulis sastera kebangsaan yang lebih layak dicalonkan. Reaksi saya amat mudah: Jika benar ada ramai lagi penulis yang lebih layak, mengapa tidak ada sesiapa yang tampil mencalonkan mereka. Pada masa sama, saya sekadar mencalonkan Swee Tin. Sama ada layak atau tidak, terpulang pada panel terbabit untuk menilai dan memutuskan; bukan persoalan untuk saya fikirkan. Nasib Swee Tin juga agak malang apabila seorang wartawan sewenang-wenangnya memetik dan menyiarkan “khabar angin” yang disampaikan seorang tokoh bahawa Swee Tin kononnya membuat kempen sendiri untuk menjadi Sasterawan Negara serta kononnya ada hubungan dengan sebuah pertubuhan haram yang menentang novel Interlok. Dalam melalui segala cabaran, rintangan dan fitnah itu, Swee Tin tetap terus menjadi penulis dan penggiat sastera yang disenangi khalayak pelbagai kaum dan pelbagai peringkat di seluruh negara. Selamat menyambut Hari Malaysia! [PANEL INTERLOK EDISI MURID] [CALON SASTERAWAN NEGARA] [INTERLOK DAN TOKOH LIDAH BERCABANG]