Saturday, 8 September 2012

Panchayat – Shabdam 2

Di tengah-tengah kehadiran begitu ramai penulis kaum India yang menghasilkan karya dalam bahasa ibunda, Uthaya Sankar SB terus-menerus dan prolifik menyajikan karya-karya dalam Bahasa Malaysia iaitu bahasa kebangsaan kita. Apa yang sangat menarik untuk diperhatikan adalah karya-karya beliau sentiasa kaya dengan jati diri, budaya, pemikiran, adat dan pandangan dunia masyarakat India. Pada masa sama, beliau amat bijak menukangi dan menangani karya-karya itu supaya ia bersifat sejagat dan mampu dicerna oleh pembaca pelbagai kaum, latar, agama dan budaya. Perkara yang sama dapat diperhatikan dalam novel Panchayat. Malah, dalam edisi khas ini, beliau berusaha untuk menyajikan versi yang “dimurnikan” agar tidak ada mana-mana kelompok yang tampil melahirkan bantahan kelak. – Mannar Mannan Maruthai (Pensyarah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya) dalam Panchayat: Edisi Khas.