Wednesday, 1 August 2012

Perkembangan “Panchayat: Edisi Khas”

Sukacita, sehingga 31 Julai 2012, jumlah sumbangan ikhlas berupa “tempahan awal” (pre-order) yang diterima daripada rakan-rakan dan kenalan bagi novel Panchayat: Edisi Khas adalah 450 naskhah. Bersamaan dengan RM4,500.00.

Apa yang dimaksudkan dengan “tempahan awal” adalah di mana mereka yang terbabit sudah pun memberikan sumbangan; bukannya “tempah dengan air liur” atau “janji mulut”.

Maka, tentu sahaja saya amat terhutang budi kepada kesemua mereka yang memberikan sokongan sejak saya memulakan “kempen” mengutip sumbangan ikhlas sejak 28 Jun 2012. [Sila KLIK DI SINI untuk senarai penyumbang.] [BORANG PEMBELIAN] [HARGA TAWARAN/TERHAD DI SINI]

Kerja-kerja membereskan manuskrip selesai pada 1 Ogos 2012 dan pencetak meminta saya menyerahkan bahan pada 2 Ogos 2012. Novel dijadualkan terbit selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2012.

Maka, saya akan “menepati janji” dengan mengirimkan naskhah kepada rakan-rakan dan kenalan terbabit sebelum 31 Ogos 2012. Mereka telah menyumbangkan RM10.00 bagi senaskhah buku; dengan minimum sumbangan RM20.00 bagi dua naskhah novel.


Nama penyumbang akan turut disiarkan dalam novel edisi khas ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Tanpa sumbangan ikhlas daripada mereka, Panchayat: Edisi Khas mustahil dapat diterbitkan!

Kemas kini pada 9 Ogos 2012: Tebal novel adalah hampir 300 halaman. Rakan-rakan dan kenalan yang sudah membuat tempahan awal dan membayar sebelum 31 Julai 2012 masih akan menerima novel berkenaan pada harga  RM10.00 senaskhah.

Bagi sesiapa yang berminat membuat tempahan awal, boleh berbuat demikian sebelum 31 Ogos 2012 dengan harga RM20.00 senaskhah. Bagaimanapun, nama TIDAK dapat dimuatkan sebagai penyumbang dalam novel kerana novel sudah siap untuk dicetak.

Mulai 1 September 2012, Panchayat: Edisi Khas akan dijual pada harga RM30.00 senaskhah. Maaf, tiada naskhah percuma kerana pemberian naskhah percuma bermakna saya berlaku tidak adil kepada rakan-rakan dan kenalan yang tampil memberi sumbangan ikhlas sejak 28 Jun 2012.

Kemas kini pada 13 Ogos 2012:

Pengarang: Uthaya Sankar SB
Penerbit: Uthaya Sankar SB (405620)
Pengedar tunggal: Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya (SA0184670-H)
Tahun terbit: 2012 (Ogos)
Ketebalan: 296 halaman
Kategori: Novel – 18PL (Edisi Khas)
Nota: Hanya buku yang ditandatangani pengarang adalah terbitan sah. Buku tanpa tandatangan pengarang adalah naskhah cetak rompak.
Harga (jika dibayar sebelum 31 Ogos 2012): RM20.00 senaskhah
Harga (mulai 1 September 2012): RM30.00 senaskhah
Borang pembelian dalam talian: SILA KLIK DI SINI
Baki stok pada 14 Jun 2013: 60 naskhah [HARGA KHAS/TERHAD DI SINI]

Sila hubungi Uthaya Sankar SB melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau Facebook jika ada sebarang pertanyaan. Tempahan hanya sah selepas bayaran dibuat sepenuhnya. TEMPAHAN MELALUI TELEFON DAN SMS TIDAK AKAN DILAYAN.

Kemas kini pada 24 Ogos 2012:

Novel siap dicetak pada 24 Ogos 2012 dan mula dikirim/diserah kepada rakan-rakan dan kenalan yang membuat tempahan awal. Sila KLIK DI SINI untuk membaca catatan mengenai novel ini.

Juga oleh Uthaya Sankar SB

Anda juga mungkin berminat untuk memiliki buku-buku berikut: Kathakali - Rudra Avatara - Siru Kambam - Orang Dimensi - Surat Dari Madras - Travelog Beijing - Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut dan senarai harga. [BORANG PEMBELIAN] Anda juga mungkin berminat memiliki: Kisah dari Siru Kambam (2013) dan Hanuman: Suara Hati (2013).