Friday, 31 August 2012

Penulis Malaysia – 1

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said amat saya kagumi atas kelantangannya “bersuara” – secara langsung dan juga menerusi penulisan. Walaupun belakangan ini beliau dilihat sebagai individu yang bersuara lantang menentang pemerintah, apa yang sebenarnya dilakukan sejak dahulu adalah bersuara menentang sebarang bentuk penindasan, ketidak adilan dan kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Pak Samad tidak tunduk pada tekanan dan arahan mana-mana pihak berkepentingan; sekali gus membuktikan bahawa di tengah-tengah begitu ramai “penulis” dan “organisasi penulis” yang mudah dijadikan boneka, masih ada sasterawan yang berani mengekalkan jati diri dan menegakkan maruah bangsa. Selamat Menyambut Hari Malaysia (16 September)! [Baca juga: Pak Samad dan Kavyan] - [Rahsia Pak Samad]