6 Feb 2012

Vishu: Meraikan Kepelbagaian

Dalam pada khabarnya “meraikan kepelbagaian”, kita sebenarnya melakukan stereotaip dan cuba meletakkan label yang “umum” pada penduduk pelbagai kaum, agama, budaya, etnik dan keturunan.

Setiap kali membicarakan perayaan dan hari kebesaran kaum India di Malaysia, contoh yang diberikan adalah Deepavali dan Thaipusam. Sebenarnya, kaum India terdiri daripada pelbagai keturunan yang masing-masing menyambut pelbagai perayaan yang kurang diketahui umum.

Setiap keturunan ini juga menyambut tahun baru pada tarikh yang berlainan. Penduduk keturunan Punjabi beragama Sikh menyambut Vaisakhi, keturunan Tamil menyambut Chitirai manakala keturunan Telegu menyambut Ugadi.

Bagi masyarakat keturunan Malayali atau Malayalam, sambutan tahun baru dikenali sebagai Vishu. Tahun baru dalam kalendar Malayali bermula pada hari pertama bulan Medan yang biasanya jatuh pada bulan Mac atau April. - Baca makalah penuh di Mandala Bicara.

(Artikel ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB dan disiarkan di The Malaysian Insider pada 20 Jun 2011.)