Saturday, 12 November 2011

Ruangan Ulasan Buku

1. Saya bercadang menulis ulasan buku secara berkala; mungkin secara mingguan jika mendapat sambutan.

2. Ulasan buku ini untuk disiarkan di ruang siber; khususnya di portal berita terpilih (misalnya Free Malaysia Today dan The Malaysian Insider) dan kemudian akan disiarkan semula di blog saya sebagai bahan dokumentasi. [CONTOH DI SINI]

3. Ruangan ulasan buku ini akan dimulakan pada Disember 2011; dengan izin Tuhan. [Dimulakan pada 2 Disember 2011 di FMT dan pada 4 Februari 2012 di TMI.] Ruangan ulasan buku diaktifkan semula di TMI mulai akhir November 2015.

4. Ruangan ini sebagai kesinambungan usaha Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

5. “Ulasan” yang dimaksudkan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) “komen”, “kritikan”, “pandangan”, “cadangan” dan “reaksi” saya terhadap buku yang dibaca.

6. Buku yang diulas adalah fiksyen dan non-fiksyen. [LIHAT CONTOH]

7. Buku dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Mandarin dan Indonesia; termasuk buku yang diterjemah ke bahasa-bahasa berkenaan.

8. Karya pengarang Malaysia dan luar negara.

9. Buku kanak-kanak, remaja, dewasa dan umum.

10. Ulasan akan ditulis dalam Bahasa Malaysia.

11. Panjang setiap ulasan sekitar 500 patah perkataan sahaja.

12. Setiap ulasan akan disertakan satu atau dua foto yang sesuai apabila disiarkan.

13. Penulis (atau penerbit atau pengedar) yang berminat perlu menyerahkan satu naskhah percuma buku terbabit kepada saya untuk dibaca sebelum diulas.

14. Saya lebih suka bertemu penulis (atau penerbit atau pengedar) dan berbual sambil minum, berbanding sekadar menerima buku melalui pos.

15. Hanya buku yang dirasakan “sesuai” akan diulas; dan konsep “sesuai” adalah amat subjektif.

16. Buku-buku (naskhah percuma) yang diserahkan tidak akan dikembalikan walaupun jika ulasan buku itu tidak disiarkan. Jika saya tertarik pada buku berkenaan, saya mungkin membeli naskhah tambahan. Ulang: mungkin.

17. Buku yang dikemukakan untuk diulas wajib mempunyai ISBN.

18. Buku yang diserahkan mestilah dalam bentuk bercetak.

19. Penulis (atau penerbit atau pengedar) dinasihatkan menghubungi saya melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan. Jangan lupa .my pada alamat e-mel saya!

20. Contoh ulasan buku boleh dibaca DI SINI.