6 Mar 2011

The Malaysian Indian Dilemma

Judul: Malaysia Indiargalin Ikkataana Nilei [Edisi Tamil]
Tahun: 2013 (Edisi Keempat - dengan maklumat tambahan)
Tebal: 549 halaman (kulit keras)
Baki Stok: 0 naskhah (pada 28 Disember 2020)
Harga Saya: RM60.00 + PosLaju RM10.00 = RM70.00

Judul: The Malaysian Indian Dilemma [English Version]
Penulis/Penyelenggara: Janakey Raman Manickam
Penerbit: Nationwide Human Development and Research Centre
Tahun: 2012 (Edisi Ketiga)
Tebal: 399 halaman (kulit nipis)
Baki Stok: 0 naskhah (pada 7 Februari 2017)
Harga Saya: RM40.00 + Poslaju RM8.00 = RM48.00


Selepas berpeluang membaca buku The Malaysian Indian Dilemma: The Struggles and Agony of the Indian Community in Malaysia (Edisi Kedua, Jun 2010), saya berani mengatakan bahawa buku ini adalah koleksi paling komprensif mengenai kaum India di negara ini sejak 150 tahun dahulu.
.
Buku ini terhasil daripada kajian dan pengumpulan bahan/data selama 17 tahun oleh Janakey Raman Manickam berkaitan isu sosial, ekonomi, pendidikan dan politik kaum India. 
.

Janakey Raman bukan seorang pensyarah universiti atau memegang ijazah Kedoktoran. Namun, pengalaman beliau selama lebih 35 tahun sebagai aktivis sosial membuatkan beliau seorang pakar dalam bidang yang diperkatakan.
.
Buku Bahasa Inggeris setebal 400 halaman ini terbahagi kepada 10 bab serta memuatkan hampir 200 foto nadir yang membantu pemahaman umum mengenai segala cabaran, perjuangan, masalah, penderitaan dan dilema yang dialami kaum India dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara sehingga ke tahap dan kedudukan Malaysia seperti yang dapat kita perhatikan pada hari ini.
.

Percayalah apabila saya katakan bahawa buku ini adalah teks yang wajib dibaca setiap individu kaum India di Malaysia untuk memahami sejarah silam serta memantapkan perjuangan mempertahankan jati diri di tanah air ini.
.
Buku ini juga teks wajib bagi setiap individu “Bukan Kaum India” yang berminat memahami kaum yang sebenarnya menitiskan peluh dan darah serta berkorban tenaga dan nyawa demi membangunkan Malaysia. - Baca ulasan lanjut DI SINI
.

Saya mempunyai stok terhad buku ini [hanya tinggal edisi Tamil] untuk dijual kepada sesiapa yang berminat membelinya. Hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) untuk semakan stok dan cara pembayaran.

Anda juga mungkin berminat membaca The Malaysian Indian: The Forgotten History of the Colonial Era (2016).

Nota: Anda mungkin berpeluang membeli buku-buku ini pada harga lebih murah di tempat lain.