Tuesday, 1 February 2011

Siri Artikel Interlok di FMT

Selepas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengadakan Taklimat Khas Mengenai Interlok Edisi Murid pada 16 Januari 2011, saya diberi peluang menulis artikel di portal berita Free Malaysia Today (FMT) untuk mengukuhkan hujah berhubung pendirian Kavyan.

Maka, saya menulis tujuh artikel untuk siri “Yang Arif” seperti berikut.


Sudah Terang Lagi Bersuluh?FMT, 18 Januari 2011


Noli Me TangereFMT, 19 Januari 2011


Jangan Sentuh Pak LahFMT, 20 Januari 2011


Gapena Tersalah Naik KapalFMT, 21 Januari 2011


Interlok: Prakata Yang TiadaFMT, 23 Januari 2011


Glosari Yang Terlalu CairFMT, 24 Januari 2011


Interlok: Hujah PenggulunganFMT, 25 Januari 2011


Selepas disiarkan di FMT, saya muatkan di blog saya sebagai dokumentasi serta dimasukkan pelbagai pautan (link) untuk memudahkan orang ramai memahami keseluruhan isu secara lebih mendalam.


Selepas siri “Yang Arif”, saya menulis pula siri “Adik-adik Sekalian” di FMT khusus sebagai panduan kepada pelajar Tingkatan Lima supaya mereka dapat lebih bersedia untuk membincangkan novel Interlok edisi murid secara “matang” di kelas.


Cikgu! Maniam Bukan PariaFMT, 26 Januari 2011


Cikgu! Saya Tidak Faham BahasaFMT, 27 Januari 2011


Dirgahayu Maniam dan KeturunannyaFMT, 28 Januari 2011


Cikgu! Mengapa Wanita Melayu Tidak Setia?FMT, 29 Januari 2011


Cikgu! Mengapa Maniam Tiada Jati Diri? FMT, 31 Januari 2011


Cikgu! Penari Kathakali Tidak Pakai TopengFMT, 1 Februari 2011


Pada 27 Januari 2011, diumumkan bahawa novel Interlok edisi murid akan dimurnikan. Namun, ada kelompok tertentu yang terus menyalak dan meneruskan kontroversi. Biarlah anjing-anjing itu terus menyalak; bukit tidak akan runtuh!


Sila KLIK DI SINI untuk membaca lebih banyak bahan berkaitan kontroversi novel Interlok Edisi Murid dari Disember 2010 hingga Ogos 2011.

3 comments:

  1. Tahniah dan syabas kepada Saudara Uthaya dan Kavyan yang telah menggarap isu Interlok ini dengan menggunakan akal budi dan daya intelektual yang tinggi. Dalam sebarang perbincangan seumpama ini, daya intelektual yang tinggi serta kestabilan emosi merupakan aset terbesar. Penggunaan pengaruh dan 'kuasa' tidak mudah merungkai permasalahan sebegini kerana dalil-dalil yang perlu dikemukakan seharusnya tuntas dan tidak bertulangbelakangkan pemikiran dangkal dan beremosi. Fakta akhirnya menyerlah dan menangkas kekaburan yang diilhamkan suara-suara megah yang berlumuran kedangkalan tentang budaya dan latar belakang sebenar manusia lain. Sdr. Uthaya telah berjaya menumpukan kepada isu sebenarnya iaitu perihal penggunaan teks ini dalam mata pelajaran BM dan kesesuaiannya dalam menggalakkan pembacaan dan persefahaman yang bakal diwujudkan bagi perpaduan kaum. Tahniah sekali lagi!

    ReplyDelete
  2. Begitu sedih dengan segala yang berlaku pada hari tersebut (wacana di UM). Sepanjang pengetahuan saya, tuan hadir pada hari itu sebagai Exco Pemuda MIC Kebangsaan, namun tuan menafikan dakwaan tersebut. Hujah tuan juga kedengaran agak emosional dan bernada penolakan. Bukankah isu bahasa ini tidak perlu dipolitikkan sedemikian rupa?

    ReplyDelete
  3. YusufJalli: Saya bukan ahli (apatah lagi Exco Pemuda!) mana-mana parti politik.

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!