20 Jun 2010

Vanakam

Saya tidak pasti berapa ramai yang pernah berpeluang membaca Vanakam: Antologi Cerpen Bahasa Malaysia (2002) yang diterbitkan dalam edisi terhad.
..
Buku berkenaan amat istimewa kerana tampil sebagai buku sulung yang memuatkan sepenuhnya cerpen-cerpen oleh penulis kaum India yang dihasilkan secara asli dalam Bahasa Malaysia.
..
Tidak setakat itu, Vanakam juga merupakan “metamorfosis” daripada antologi Vanakam yang pada mulanya diluluskan dan kemudian ditolak oleh Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) semata-mata kerana saya selaku penyelenggara menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” apabila merujuk pada bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.
..
Tentu sahaja pendirian rasmi DBP sudah berubah sekarang tetapi sejarah tetap sejarah.
..
Antologi Vanakam diterbitkan dalam edisi terhad dengan sumbangan wang daripada kesemua sepuluh penulis terbabit. Saya tidak pasti sama ada buku ini masih ada dalam stok mana-mana penulis terbabit.
..
Apa pun, kejayaan Vanakam masih wajar terus diperkatakan; sekurang-kurangnya untuk mengingatkan kita beberapa perkara. Beberapa catatan mengenai proses penerbitan serta ulasan terhadap cerpen-cerpen dalam Vanakam mungkin boleh membantu kita untuk sama-sama menyenaraikan apakah pengajaran yang boleh dijadikan panduan.
..
Catatan saya mengenai proses menerbitkan antologi Vanakam boleh DIBACA DI SINI manakala ulasan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said boleh DIBACA DI SINI.