Thursday, 8 January 2009

Buku Apa Sedang Anda Baca?

Saya pada masa kini sedang tekun membaca novel I Know This Much Is True (Wally Lamb, 1998). Saya membelinya pada tahun 2006 di MPH sempena ulang tahun ke-100 rangkaian kedai buku berkenaan.
.
Apa yang menarik, saya telah membaca beberapa halaman awal novel berkenaan (17 Ogos 2007, 20 & 22 November 2007; halaman 1-27) tetapi kemudian meletakkannya di rak bersama-sama buku-buku lain. Entah mengapa saya tidak berminat untuk meneruskan pembacaan novel itu.
.
Sebagaimana biasa, saya beralih pula membaca beberapa (ulang: beberapa) buku lain dari semasa ke semasa.
.
Baru-baru ini, selepas selesai membaca novel The White Tiger (Aravind Adiga), Hard News (Jeffery Deaver) dan Lost in a Good Book (Jasper Fforde), saya menyambung semula pembacaan novel I Know This Much Is True pada 2 Januari 2009.
.
Ternyata pengalaman pembacaan pada kali ini amat berbeza. Selepas mula membaca halaman demi halaman novel berkenaan, amat sukar untuk menghentikan pembacaan.
.
Selesai satu bab, saya tidak sabar-sabar mahu meneruskan pembacaan bab seterusnya. Malah kisah hidup pasangan kembar seiras Thomas-Dominick Birdsey terbawa-bawa dalam mimpi!
.
Jadi, awas! Jika anda tidak mahu diganggu mimpi-mimpi yang sedikit menggerunkan, elakkan membaca novel ini. Awas juga terhadap penggunaan bahasa yang agak lucah dalam konteks "budaya timur" yang kita ... ehem ... banggakan.
.
Dan sila maklum bahawa terdapat pelbagai adegan yang boleh dilabel sebagai 18PL - kombinasi unsur ganas, seks, politik dan agama yang pasti mengganggu ketenangan minda pembaca konvensional.
.
Saya tidak memberikan sinopsis novel I Know This Much Is True kerana: 1) saya masih dalam proses membacanya. Baru selesai sekitar 50% daripada 891 halaman. 2) saya tidak mahu merampas nikmat anda membacanya sendiri.
.
Apa pula buku yang sedang anda baca sekarang? Kongsikanlah bersama. [CONTOH ULASAN BUKU]
.
.
P.S.: Pada ruangan komen di bawah, sekurang-kurangnya nyatakan judul buku yang sedang anda baca dan nama pengarang. Selamat membaca! [CONTOH ULASAN BUKU]
.

4 comments:

  1. 3 judul:

    Ptolemy's Gate oleh Jonathan Stroud
    The Courageous Follower oleh Ira Chaleff
    Here Comes Everybody oleh Clay Shirky

    ReplyDelete
  2. Saudara, saya belum lagi membaca I Know This Much is True, tetapi sudahpun membaca karya Wally Lamb yang terkemudian, The Hour I First Believed. Saya percaya saudara mungkin juga akan suka buku tersebut jika saudara suka dengan I Know This Much is True. Saya telahpun menulis sebuah ulasan mengenainya di sini.

    Untuk menjawab soalan saudara, saya sedang membaca Flint karya Louis L'amour, sebuah buku picisan koiboi, suatu genre yang tak pernah saya mengalami sebelum ini. Menarik juga!

    ReplyDelete
  3. Saya selesai membaca I Know This Much Is True pada pukul 2:28 petang, 10 Januari 2009.

    Bab 48 (terakhir) benar-benar menyentuh jiwa -- tetapi hanya jika kita telah membaca sejak Bab 1.

    ReplyDelete
  4. Komen saya terhadap buku ini di Facebook:

    Beautiful! I know this much is true ...

    I bought this novel back in 2006 because I liked the title and the picture of the babies and because it is about a pair of identical twins - but I did not read it until November 2007. Even then, I only read a few pages.

    It was only on 2 January 2009 that I picked this book again and read it in 9 days; all 891 pages of the book.

    Sex, scandal, twins, schizo, stepfather, unknown father, incest, AIDS, drugs, sexual abuse, domestic violence, stolen identity, prison, gay, lesbian, rape, premarital sex, adultery, witchcraft, dreams, nightmares, Shiva, Hinduism, Jesus, Christianity, pregnancy, brotherly love, murder, suicide, friendship, death, F-O-U-R letter words, novel-in-a-novel, unexpected twists, history, medical facts, ... you name it, it's all in this novel.

    The last chapter -- 48 -- would most likely bring tears. But don't try to skip the pages and go straight to Chapter 48. It would make no sense without the first 47 chapters.

    Believe me: I know this much is true.

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!